Darwisy Berlatih Bermain Squash


Salam hujung minggu..

Darwisy ni sangat kreatif mereka-reka permainan sendiri. Kali ni sempat saya rekod dia bermain permainan ala² squash gitu. Boleh pula dia fikir nak main macam ni. Jom saksikan Darwisy training game terbaru dia yang pada awalnya dia namakan permainan 'Bidten'. Tapi sekarang sebutan Badminton dah jelas.



Agak² boleh ganti Nicol David tak kalau training seawal usia 2 tahun 7 bulan ni..hehe.

Setakat ni baru sekali saja saya bermain squash, semasa sedang belajar di UKM dulu. Yang seronoknya pertama kali main saya dah berjaya menewaskan kawan yang dah lama main..hehe. Agak seronok bermain squash, kalau biasa dengan permainan ping pong dan badminton saya rasa tiada masaalah untuk bermain squash, cuma fasiliti untuk bermain squash amat terhad sekali. Kalau Malaysia fokus melahirkan atlet² untuk game² seperti ini yang tidak mementingkan sangat keadaan fizikal yang tinggi kan bagus.

0 comment... add one now