Eksperimen Teknik Editing Gambar HDR

HDR atau nama panjangnya High Dynamic Range, terhasil apabila imej² yang berlainan pendedahan cahaya digabungkan menjadi satu imej (betulkan kalau saya salah ). Imej yang terhasil akan menjadi lebih menarik kalau pandai mengeditnya, kalau tak pandai macam saya mungkin terus jadi tak lawa..hehe.

Saya agak suka dengan editing dalam mode HDR, dan selalu juga cuba bereksperimentasi dengan gambar² HDR kalau boring² tu. Antara perisian yang saya gunakan adalah Adobe CS5 dan Photomatix. Banyak lagi perisian² yang lebih mudah dan ringkas untuk menghasilkan imej HDR seperti Photoscape dan beberapa website juga ada menyediakannya.

Untuk menghasilkan imej HDR tak semestinya gambar dari DSLR, gambar dari handset pun boleh kalau kena pada caranya. Di bawah ni ada beberapa keping gambar yang telah dijadikan eksperimen oleh saya untuk menghasilkan gambar² HDR. Ini semua try and error sahaja, jadi faham² je lah hasilnya. ;)Banyak tutorial teknik-teknik untuk menghasilkan imej HDR di internet, tapi bila dicuba tak menjadi, jadi godek² sendiri je la.

Ini gambar² sekitar Putrajaya.

Diamond Building Putrajaya

Pantulan imej jambatan di Tasik Sri Empangan Putrajaya

Masjid Sultan Mizan atau Masjid Besi

Bangunan Jabatan Pendaftaran Negeri (JPN) Putrajaya

Lori askar di Karnival Jom Heboh Putrajaya

Belakang rumah mak di Presint 14

Jamboree pengakap sempena Himpunan Sejuta Beliabulan Mei tahun lepas.

4 imej di bawah dari balkoni rumah sahaja dan sekitar apartmen yang saya diami.

Sunset dari balkoni rumah

Awan nano. Ambil melalui balkoni rumah sahaja

Apartment yang saya diami sekarang

Jambatan belakang rumah


2 gambar di bawah ni pula diambil semasa jalan² di Bukit Tinggi tahun lepas.



3 gambar di bawah ni diambil di Kulim, rumah usang peninggalan sebelah rumah Tok Cik.


Seramnya..hehe


Nota Ringkas :
1. Saya budak baru belajar, ambil galah tolong jolokkan..eh. Banyak lagi kena baiki dan belajar.
2. Saya hanya menggunakan Canon 1000D, DSLR permulaan yang jauh ketinggalan berbanding DSLR akubiomed hehehe

0 comment... add one now