Himpunan Jutaan Belia Habis, Kembali Aman

Waktu mula menulis entri ini, pukul 11.11 malam. Kedengaran lagu Pawana rancak berkumandang di salah satu pentas konsert di Himpunan Jutaan Belia, tak sampai 1km jauhnya dari apartment yang saya diami bersama lebih kurang 1000 orang lagi.

Sepanjang program besar ini berlangsung, ada pro dan kontranya. Di sudut positifnya, ia memberi peluang perniagaan kepada beratus peniaga dari seluruh Malaysia, menyediakan pelbagai aktiviti berfaedah untuk para belia² yang datang. Yang tak berapa menariknya , kami yang berada di sekitar ni seolah-olah tidak wujud dan dinafikan hak untuk mendapatkan ketenangan pada waktu malam hari. ;). Dan banyak lagi aktiviti yang tak berfaedah diadakan sepanjang acara ini berlangsung, tapi siapalah saya untuk mengulasnya kan. ;)

Sebahagian rungutan penghuni yang berhampiran, pada pukul 2 pagi, diambil dari page komuniti.

Kat bawah ni saya salin sebahagian darinya

nak pukul 2 pg pun bising lg ke?

Bising..bingit tinga..xde guideline ke blh test sound smpi kul bape? Mlm2 org nak tido, bkn nak dgr mcm2 bunyi..

itulah.. anak sy dok merengek2.. kalau spi kul 12 tu boleh terima lagi... nie kul 2 mcm melampau sgt..

tp taulah...mmg menyakitkan telinga mlm td...sepatutnya ada peraturan..contoh..time masuk waktu azan...tutup sekejap...ini masjid besi dok ngaji & azan...yg situ dok bergedum degam....dunia nak kiamat dah weeiii..bwk2 lah insafffff.....

time org duk kuliah subuh di masjid besi...dia leh check sound..x dgr apa yg penceramah ckp...dunia..dunia...

‎20 pentas nk lawan 2 masjid.... hmmm

Sabar2. 3 hari lagi habisla..

Yang paling tak patutnya adalah kurangnya sensitiviti penganjur² konsert tu terhadap kewujudan masjid yang hanya terletak tak sampai 1 KM dari tapak.

Masjid Sultan Mizan beberapa ratus meter sahaja dari tapak

Jalan jem, dengan tiada penunjuk arah yang berkesan untuk memudahkan aliran trafik. Dan paling tragis ada kemalangan berlaku semasa acara drag kereta diadakan pada malam 26 Mei. Melihat kepada video tersebut nampaknya tiada kawalan keselamatan yang septutnya dibuat. Macam tengok lumba haram lah pulak, tak tahulah pendapat orang lain macam mana.

Kesimpulan yang terlintas kat kepala saya adalah ;

Antara persamaan Perhimpunan Bersih dan Himpunan Jutaan Belia adalah menyusahkan sesetengah orang.

Semoga perkara-perkara segala kekurangan sepanjang Himpunan Jutaan Belia ni berlangsung akan diperbaiki di masa akan datang. Biarlah ia betul² membawa kebaikan, bukan sebaliknya.

0 comment... add one now