Buffered Earning Singgah Setelah Sekian Lama

Setelah menyepi selama 3 bulan, akhirnya si Buffered Earning lemak berkrim kesukaan ramai itu sudi menempek di blog yang tak seberapa ini. ( Ceh ayat tak tahannn)

Satu untuk blog ini, dan satu lagi untuk photoblog saya yang dah suam-suam kuku kambing gurun itu.

Mula memasang nuffang pada tahun 2009 dan baru 6 kali cashout..hehe. 6 kali cashout tu pun jauh lebih kecil nilainya berbanding sekali cashout GTO Nuffnang kita yang ada kembarnya itu (sila klik kalau nak tahu kembarnya siapa)


Menanti cek keenam yang belum sampai lagi

Walaupun jumlahnya sedikit, tetapi keseronokannya berganda-ganda gituu. Siapa tak nak dapat duit dengan hanya menulis sesuatu kan?

Kalau blog anda tak boleh menjanakan duit melalui syarikat pengiklanan seperti nuffnang, innity, advertlets atau yang sewaktu dengannya, apa kata kita janakan duit melalui blog orang? Contohnya :




Baru je beberapa minggu lepas dapat tebus tunai RM100 dari blog Denaihati, tak perlu tunggu buffered, tak perlu trafik blog kita tinggi, cuma rajin²lah melawat blog Denaihati dan tinggallah komen, like, retweet dan lain-lain, mudah kan?

Memang syok dapat duit melalui blog, tapi jangan terlalu kecewa kalau tak dapat, nanti hilang keseronokan berblog ;).

0 comment... add one now