Kisah Sebiji Tembikai

Lepas balik main futsal malam tadi, sempatlah tinjau²lah facebook terbaca Kisah Sebiji Tembikai ni. Yang mana ianya sangat menginsafkan, dan rasanya baik dikongsi untuk renungan bersama. Saya salin sahaja kisah tersebut, kredit untuk sumber asalnya yang tidak dapat dikenalpasti.

Kesian tembikai ni
sumber

KISAH SEBIJI TEMBIKAI

Pada suatu hari, seorang ahli Sufi yang masyhur bernama Syaqiq Al-Balkhir.m. telah membeli sebiji tembikai. Kemudian dia membawa tembikai itupulang dan diberikan kepada isterinya.

Apabila isterinya membelah tembikai itu untuk di makan, ternyata buah ternbikai itu tidak elok,maka marah-marahlah isteri Syaqiq dengan keadaan tersebut.

Maka bertanyalah Syaqiq kepada isterinya: “Kepada siapakah engkau tujukan marahmu itu?

Adakah kepada penjual, pembeli, penanam, atau Pencipta buah tembikai itu?”Terdiam isterinya mendengar pertanyaan tersebut.

Kemudian Syaqiq teruskan lagi kata-katanya: “Adapun si penjual, sudah tentu mahu jualannya terdiri daripada barangan yang terbaik. Adapun si pembeli juga sudah tentu mahu beli barang yang terbaik juga. Bahkan si penanam juga sudah tentu berharap hasil tanamannya yang terbaik juga.

Maka ternyatalah marahmu ini engkau tujukan kepada Pencipta buah tembikai ini. Maka bertaqwalah engkau kepada Allah dan redhalah dengan segala ketentuan-Nya.”

Maka menangislah isteri Syaqiq. Lalu bertaubat dan iapun redhalah dengan apa yang telah ditentukan oleh Allah SWT

Selepas baca cerita di atas, jom kita muhasabah diri sendiri apa tindakan/perlakuan kita sekiranya terjadi kes² macam tu sekiranya masa beli apa² sahaja barangan/buah-buahan, kita mendapat hasil yang bukan seperti yang kita inginkan. ;)

P/S : Teringat dulu masa lepasan SPM kerja ladang tembikai kepunyaan mak saudara. Fuh..Dari pagi sampai ke petang kerjanya mengutip tembikai dan mengangkutnya menggunakan kereta sorong. Kemudian membantu memasukkan kesemua hasil ke dalam lori pemborong. Cukup 3 minggu legam habis muka. ;)

0 comment... add one now