Makan Cara Orang Berpantang Boleh Diet Sekali

Sudah genap seminggu anak kedua kami dilahirkan, bermakna pada Selasa 26/06/12 saya kembali bekerja..hehe. Syukurlah kaum bapa dapat juga cuti seminggu, bolehla settlekan mana-mana² yang patut kan?

Ni gambar adik di usia seminggu


Ni pulak kaki dan tangan adik. Syoknya tengok..hehe.



Dah seminggu juga isteri berpantang, menunya minggu ni hanyalah ikan bakar(kadang² ayam bakar, ikan kering) dengan sayur air. Sepanjang minggu ni jugaklah saya pun makan benda yang sama. Menu yang ringkas itu bolehla saya sediakan sendiri, sebab senang, hehe.

Nama Menu : Masakan Untuk Isteri Tersayang Melalui Hari² Berpantang

Haaaa..Nama pun dah ala-ala masterchef gitu..haha.

Haritu masa kat klinik cuba timbang berta badan dan hasilnya sungguh menggembirakan. Dah turun 3 kilo, turun lagi 5 kilo dapatlah pakai baju saiz S balik yang dah lipat kemas² tak usik dah (berangan). Tapi tak mustahil kan? Masalahnya lepas pantang adalah raya, macam mana nak kawal makan masa hari raya?hehe

P/s : Terima kasih atas ucapan rakan² blogger untuk entri kelahiran anak kedua saya itu.

1 comment... add one now

Ladfe Amir Ladfe Amir 07 July, 2012
tahniah di atas kelahiran anak kedua. semoga baby dan isteri bro berada dalam keadaan sihat waafiat.

biasalah bagi wanita yg baru lepas melahirkan. pasti merasa berat badan tidak sepperti mula2 dulu, serta sudah tidak cantik lagi.yg penting kesihatan kena dijaga