Radix Fried Chicken Kini di Seksyen 9 Bangi

Assalamualaikum/Salam sejahtera,

Baru je beberapa minggu lepas saya kongsikan mengenai Radix Fried Chicken yang pertama di Selangor iaitu RFC Seksyen 7 Shah Alam. Kali ni, cawangan kedua RFC akan dirasmikan pada 1 Jun 2012 iaitu pada hari Jumaat (esoklah).


Rasanya ada sikit kesilapan kat sini, waktu pukul 2 tu macam tak logik. Esok kan hari Jumaat, mesti perasmian selepas solat Jumaat.

Alamat RFC Bangi adalah seperti di bawah :

Radix Fried Chicken Sdn Bhd
A-02-G Jalan Medan Pusat Bandar 5
Paragon Point @ BICC Seksyen 9
43650 Bandar Baru Bangi


Sempena perasmian RadixFriedChicken BandarBaruBangi pada hari Jumaat, 01 Jun 2012, jam 3.00 petang, pihak pengurusan telah berbesar hati untuk menawarkan diskaun 10% ke atas pembelian Ayam RFC. Datanglah beramai-ramai selepas Solat Jumaat.

Insya Allah, kalau tiada halangan ingat nak menjamu selera di RFC Bangi lah esok..hehe. Jom!

Dulu tiap² minggu mesti goreng sendiri ayam RFC ni, tetapi sekarang susah nak dapatkan stok Tepung Herba Radix ni. Dah ada kat Bangi ni bolehlah sekali sekala makan kat sana, sokong produk tempatan keluaran Muslim. ;)

Nilah hasil RFC buatan sendiri. Klik gambar untuk cara-cara membuat Ayam RFC. ;)

Sumber ; https://www.facebook.com/RadixFriedChicken

0 comment... add one now