Ambil Gambar Bulan Penuh dari Balkoni

on Thursday, July 5, 2012


Balik dari tuisyen tadi terpegun apabila tengok keindahan bulan di malam yang mulia ini. Dah pasang niat dah balik ni kalau sempat nak cuba ambil gambar bulan penuh, sebelum ni tak pernah cuba lagi.

Alhamdulillah, apabila sampai di rumah, tengok kedudukan bulan tepat boleh diambil melalui balkoni rumah. Terus bagitahu wife nak ke balkoni ambil gambar bulan jap..hehe. Dia siap pesan nak masuk rumah nanti baca doa dulu, maklumlah dah malam lepas tu ada anak kecik pulak tu.

Saya tak pernah baca tutorial ambil gambar bulan, jadi memang tak tahulah setting untuk ambil gambar bulan penuh ni. Tapi nak cuba juga try and error bak orang Jawa cakap. Setelah beberapa kali mencuba, dapatlah ambil gambar yang memuaskan hati dan mata sendiri, hati dan mata orang lain belum tentu lagi. ;)

Bulan yang indah di Malam Nisfu Syaaban

Close up sikit

Masa tengah mengarang entri ini baru terkial-kial nak cari tutorial ambil gambar bulan penuh..hehe. Ni ada dua rujukan yang saya rasa sangat bagus.

1. http://photoinzone.blogspot.com/2011/02/tips-mengambil-gambar-bulan.html

2. http://tarmizishukri.com/tips-ambik-gambar-gerhana-bulan/

Bila baca tips² kat situ baru perasan ada sesetengah setting tersalah..hehe. Tula, dah ambil baru baca tutorial, beginilah jadinya.

Tiba² teringat lagu Allayarham P.Ramlee dan Saloma, yang bertajuk Malam Bulan dipagar Bintang, cuma malam ni bintang tidak kelihatan..hehe.

Ranking: 5
 
© Hidup Ini Suatu Pembelajaran All Rights Reserved