Dapat Free Toyota 86


Baru-baru ni dekat Alamanda ada pameran kereta Toyota. Antara yang dipamerkan adalah Camry, Vios dan yang paling menarik adalah Toyota 86, kalau tak silap berharga RM 245 000.fuhhhh.

Toyota 86 merah mengancam

Darwisy selaku peminat kereta tegar tidak mahu melepaskan peluang melentok² bergaya dengan Toyota 86 yang mengancam itu. Kata Darwisy :

''Fuyyo..keta best..keta best''

Bagi Darwisy, kereta yang sporty semuanya dipanggil keta best.


ewah..ewah..bukan kemain bergaya dengan kereta ni..hehe





Dan rezeki saya haritu dapat 2 Toyota 86.






Tapi bukannyaa kereta, cuma topinya saja..Dapat setelah jawab survey. Kalau dapat Toyota 86 betul² memang kenduri besarlah..hehe.

Dapat dua. Cantik dan kemas design cap ni.

0 comment... add one now