Darwisy membuat tendangan 'volley'


Dari kecil lagi Darwisy sangat suka main bola. Dari meniarap sampailah sekarang, kemahiran bermain bolanya semakin meningkat. Yang terbaru saya mengajar Darwisy sepakan 'volley' untuk menghasilkan gol. Mula² macam tak boleh, lama² terkejut tiba² Darwisy dah pandai buat sepakan volley sendiri. Belajar dari youtube agaknya..hehe.


Jom saksikan tendangan 'volley' dari Darwisy yang berusia 2 tahun 9 bulan.



Abaikan baldi dengan baju² yang dilonggok menunggu untuk dibasuh tu. Terpaksa layan anak teruja nak tunjuk skill baru, jadi baju letak tepi dulu..hehe

Amacam? Bergaya macam Van Persie pemain kegemaran Denaihati tak? Hehe. Nanti saya upload video latihan penuh kemudian.

Sekarang Darwisy dah ada geng main bola, jadi nanti tak payahlah ajak papa/mama main bola tengah² malam ye, ajak je adik Danish. ;)

Abang dan adik Danish!

0 comment... add one now