Jualan Raya Metrojaya 2012 di PICC Putrajaya

2,3 hari lepas saya ada perasan banyak banner² digantungkan di tiang² lampu area Putrajaya mengenai Jualan Raya Metrojaya 2012 yang akan diadakan di PICC Putrajaya dari 2-6 Ogos 2012.



Ini maklumat dari banner tersebut.


Lokasi : PICC Putrajaya
Tarikh : 2 hingga 6 Ogos 2012
Masa : 11 pagi hingga 9 malam

Jualan murah sehingga 70% katanya.

Berdasarkan pengalaman membeli-belah di Jualan Raya Metrojaya 2010, memang banyak jualan yang betul² murah tapi anda kena tahulah harga asal brand pakaian yanag hendak dibeli tu. Kalau tak biasa dengan brand tersebut dinasihatkan jangan beli..hehe. Bukan apa kadang-kadang diorang naikkan dulu harga pastu turunkan balik kononnya diskaun 70 peratus.

contoh :
Harga asal RM80.
Dinaikkan kepada RM220, diberi diskaun 70 peratus jadilah RM66. Kan nampak jauh beza RM220 dengan RM66 tu, padahal sepatutnya RM66 dibandingkan dengan RM80(harga asal) penjimatan baru RM14 .

Kadang² di SOGO juga mereka gunakan taktik yang sama. Naikkan dulu harga, dan bagi diskaun sampai 70%. Kita yang dengar 70% apa lagi, terus nak sambar kan? Saya juga pernah terkena , jadi pengalaman merupakan guru yang terbaik.

Berhemahlah semasa membeli, membeli ikut slip gaji masing², jangan ikut slip gaji orang lain yang berbelas-belas ribu sebulan. ;)

Ni baru betul² shopping. ;)

0 comment... add one now