Papa suruh belajar, bukan ambil gambar macam uncle gedek

Papa dan mama belikan Ipad suruh Darwisy belajar. Sebenarnya Ipad sebelum ni bukan keperluan tapi kehendak sahaja, tapi bila melihatkan Darwisy suka sangat belajar ABC dan nombor² melalui youtube dan menguasainya dengan masa yang singkat, saya rasa dengan adanya application macam² kat Ipad tu lagi senang dia belajar.

Memang betullah, tak sia-sia beli. Banyak application kat Ipad yang kena dengan minat Darwisy sekarang iaitu belajar abjad dan angka. Tapi yang geramnya bila dah boring tu mula lah dia nak ambil gambar ala² Uncle Gedek tu.



0 comment... add one now