Pasangan mengamuk di JPM Putrajaya


Assalamualaikum / Salam sejahtera,

Terkejut kami suami isteri apabila membaca berita dari Utusan Online, berita mengenai kejadian amuk di perkarangan Jabatan Perdana Menteri.



PUTRAJAYA 9 Jun - Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri di sini kecoh apabila seorang lelaki dan wanita cuba menceroboh bangunan tersebut sambil membawa pedang samurai.

Lelaki bertubuh sasa dan tidak berbaju itu bersama pasangannya yang berhijab hitam kelihatan masuk di pondok pengawal keselamatan pada pukul 2.30 petang.

Bagi mengelak kejadian tidak diingini pasangan tersebut diminta masuk ke perkarangan bangunan.

Bagaimanapun, kedua-duanya bertindak ganas memecahkan sebuah Perodua Kancil dan dua Proton Waja di tempat letak kereta tidak jauh dari bangunan B1 yang menempatkan Biro Pengaduan Awam.

Anggota polis yang tiba di tempat kejadian cuba memujuk pasangan tersebut bagaimanapun gagal memaksa tembakan dilepaskan.

Suspek lelaki yang berseluar jeans cedera di tangan kanan, manakala pasangannya di paha kiri. Kedua-dua dibawa ke Hospital Putrajaya untuk rawatan lanjut.

Kedua-dua suspek dikatakan memberitahu mahu menggulingkan kerajaan dan melaungkan perkataan takbir beberapa kali. - UTUSAN

Memang tak disangka politik boleh bawa manusia ke tahap ini, itupun kalau betul lah apa yang ditulis oleh utusan itu. Kuasa dan pengaruh politik ni memang tak dapat dijangka. Memang agak menggerunkan lah kepada mereka² yang bekerja atau ada urusan di JPM tu. Siap kena perintah berkurung lagi staf² di kawasan JPM.

Kerap juga saya ke JPM kalau ada urusan terutama bila melibatkan Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP).  Memang kawalah agak ketat, tapi apa² saja boleh berlaku, di mana mana sahaja.

Macam² ada di dunia zaman sekarang. Sama²lah berdoa agar kita dan keluarga serta umat Islam yang lain sentiasa dilindungiNya.

Gambar kredit dari sini.

UPDATE : Apa sahaja yang berlaku, beliau sudah arwah. Sedehahkan alFatihah lagi baik daripada membuat pelbagai spekulasi dan tohmahan.

P/S : Bloglist hilang masa tukar domain hari tu. Tengah buat balik pelan-pelan.

0 comment... add one now