Bubur lambuk


Bubur lambuk sangat popular di bulan puasa ni. Ada yang suka, ada juga yang tak boleh telan lagi² yang ada resdung tu..hehe.

Tadi selepas Asar ada pengagihan bubur lambuk untuk penghuni² apartment yang saya diami ni. Meriah sugguh aktiviti di bulan Ramadan oleh Surau Istiqomah ni, alhamdulillah. Ada jamuan berbuka, ada moreh setiap hari dan bubur lambuk setiap hujung minggu.


Saya ambil 2 ingat nak bagi wife sama² makan nanti, tapi bila saya tengok resepi dia kat internet, rasanya tak sesuai lah untuk isteri yang tengah berpantang. Nak tahu kenapa jom tengok resepi dan cara-cara buat bubur lambuk.


Bahan-bahan ( 5 orang )

2 1/2 cawan beras
2 ekor ikan kembung bersaiz sederhana
segenggam udang hidup
2 sudu besar udang kering dikisar/ditumbuk kasar
2 cawan santan drp sebiji kelapa
8 ulas bawang merah dikisar halus
2 ulas bawang putih dikisar halus
1 inci halia dikisar halus
3 batang serai dititik
6 cawan air
Garam & gula secukup rasa
2 sudu serbuk lada hitam
3 helai daun pandan disimpul
2 cawan pucuk paku merah/perak/paya (sama jenis tp nama berbeza)-diambil daun & batang yg lembut shj
2 helai daun kunyit dimayang halus
3 tangkai daun kesum dimayang halus
2 sudu kerisik kelapa (jika suka)

Cara-cara

1.Bersihkan ikan & udang & direbus dgn sedikit garam. Ketepikan & JANGAN DIBUANG AIR REBUSAN TADI.

2.Didihkan air rebusan tadi dengan beras yang telah dibasuh bersih. Tambah air & rebus sehingga kembang/pecah.

3. Ikan & udang dikisar kasar & digaulkan bersama bawang merah, putih & halia telah dikisar halus serta serbuk lada hitam & udang kering. Biarkan sebentar & masukkan ke dalam beras yg telah kembang tadi. Biarkan menggelegak di atas api sederhana.

4. Masukkan serai & santan. Kacau & pastikan tidak pecah minyak.
Tambahkan kerisik kelapa, garam & sedikit gula mengikut selera. Kacau rata & didihkan lagi.

5.Akhir sekali, masukkan daun pandan, daun kunyit, daun kesum & pucuk paku. Gaul & tutup api.
sumber

P/S : Harini menu ikan bakar + air asam + sambal belacan. Fuh!

0 comment... add one now