Tak perlu ada scanner untuk scan dokumen



Masa nak hantar result exam pelajar tuisen saya tadi tiba² teringat dulu pernah ajar seorang cikgu ni buat soalan yang memerlukan banyak gambarajah dalam kertas soalan tersebut. Katanya susah tiada scanner.


Senang saja kata saya. Hanya ambil gambar menggunakan handset (pastikan ada fungsi kamera, kalau NOKIA 3310 pastikan anda tambah kamera ;p), kemudian pindahkan gambar ke laptop dan salin gambar tersebut ke dalam kertas soalan yang dalam bentuk softcopy. Tak perlu lagi kalau tiada scanner, terpaksa photostat gambarajah kemudian tampal dan fotostat lagi. (Hanya guru yang faham ni..hehe)


Kalau ada 20 gambarajah, 20 kalilah kena ambil gambar..haha


Tadi ambil gambar keputusan ni menggunakan DSLR  kemudian emelkan kepada admin bahagian tuisen. Senang kerja. Tak payah mengadap scanner tu..hehe. Selalu juga saya ambil gambar IC depan belakang kemudian edit letak dalam satu gambar A4, tak payah dah membazir fotostat depan belakang. Jimat elektrik lah sikit.






Bagus juga keputusan diorang ni..


P/S : Tak boleh bayangkan kesan membenarkan bawa handphone, laptop , Ipad dan sebagainya ke sekolah tahun depan, kalau jadi.

0 comment... add one now