10 entri terbaik Denaihati


Waktu mengarang ni saya tengok dah genap 20 komen di entri Bonus Raya tersebut. mungkin kali ini bukan rezeki tapi bak kata pepatah, " alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan". Silap cara goreng pekasam hancurlah isinya..eh..

Ini antara pilihan saya dalam kategori blogging.

1. Contest SEO faedah kepada penganjur dan peserta
Entri ini memberi kefahaman kepada saya yang sebelum ini tertanya-tanya bermonolog dalaman " apa faedah buat contest SEO ni ye ". Seterusnya menambahkan lagi ilmu SEO yang berpengaruh seumpama CEO.


2. Kritikan Terhadap Contest Lelaki Kacak
Entri ini sangat panas. Penulis jemputan ariffshah memberi pandangan berani beliau mengenai contest tersebut. Dan ini mengundang kepada perkongsian idea mengenai SEO daripada otai-otai SEO sekalian alam. Kalau nak belajar SEO baca entri ini dan KOMEN-KOMENNYA sekali ya.

3. Income Blog untuk apa
Satu perkongsian bijak mengenai duit yang dapat melalui blogging nak buat apa. beli handbag kah? Gajet kah? Kereta kah? (wow). Entri ini mengajak bloggers melabur balik ke dalam blog untuk memantapkannya lagi.


4. Beli Domain dan Hosting
Entri inilah antara entri yang menyebabkan saya beli domain. Kalau duit lebih bolehlah beli domain .my , .net, .biz macam tuan Denaihati tuuuu. Nak tahu kenapa kalau dah popular kena beli semua domain tu? Sila terjah entri ini.

5. Idea untuk Blogger baru
Untuk entri ni baca komen pendapat bloggers² di kotak komen, baru anda dapat idea nk tulis blog. Bukan setakat blogger baru, untuk blogger lama juga. :)

6. 100000 bermula dari 1
Perjalanan yang jauh semuanya dimulakan dengan langkah pertama. Bukannya anda melangkah terus 1000 langkah tetapi semuanya bermula dengan langkag pertama. Langkah pertama permulaan segalanya. Jangan berhenti melangkah kalau hendak berjaya.


7. Tips Untuk Pengguna Baru WordPress
Kalau nak memulakan blog menggunakan platform wordpress, atau mungkin berhijrah dari platform lain ke wordpress, tipsnya ada di sini. Siap dengan tips plugin penting lagi tu.

8. Komen mengutuk dan mencaci bukan budaya kita
Satu entri untuk renungan bersama. Mungkin kadang-kadang kita menaip mengikut amarah atau tanpa pertimbangan yang panjang. Memang itu bukan budaya kita, bahkan semua budaya saya rasa tak menyuruh mengutuk mencaci sesama sendiri. Kita ada otak yang mempunyai akal, sama² kita memanfaatkan akal anugerah teragung itu.

9. Trafik Organik dan kelebihannya
Ramai bloggers hanya goyang kaki je selepas buat entri. Tak perlu blogwalking sana sini, ping sana sini untuk dapatkan trafik. Hanya dengan mempunyai ilmu menarik 'trafik organik', anda mampu goyang kaki melihat beratus-ratus online dalam satu masa. ;)


10. Google + dah join ke
Sebab entri ni lah saya join google + dan Denaihati antara terawal masuk circle saya..hehe. Penting ni untuk menaikkan trafik.

Itu antara 10 entri terbaik bagi saya, walaupun sebenarnya banyak lagi, cukuplah 10. Dah tuan tanah nak 10 je.hehe

“Bonus Raya Aidilfitri 2012 untuk semua Rakan Blogger yang tidak jemu-jemu bersama blog Denaihati. Berminat joom serbu Denaihati.com”.

0 comment... add one now