Filem Pendek Petronas dan Iklan Raya Bernas 2012 Menyentuh Hati

Antara yang iklan raya yang ditunggu-tunggu ramai adalah iklan raya dari Petronas. Saban tahun iklan raya Petronas sangat menarik dan mempunyai mesej yang mendalam. Untuk tahun 2012, iklan raya atau lebih kepada filem pendek saya rasa, dari Petronas bertajuk 'Strangers'.


Mengisahkan bagaimana persahabatan terjalin antara 2 manusia yang berlainan bangsa dan bahasa, dari asing menjadi kawan rapat.

Dan kali ini pula iklan raya 2012 dari BERNAS bertajuk 'The Journey'. Juga mengisahkan tentang persahabatan tetapi kali ini di antara 2 orang anak yatim.


Pandangan peribadi saya, iklan dari BERNAS lagi menyentuh perasaan kerana menggunakan 2 orang anak yatim yang merupakan golongan Orang Kelainan Upaya. Bagaimanapun bagi mereka yang di perantauan atau pernah merantau, mungkin iklan raya Petronas lagi menyentuh perasaan kerana dekat dengan mereka.

Apa² kedua-duanya mempunyai mesej yang bermakna. Siapa² yang belum tengok silalah tengok. ;). Sediakan tisu secukupnya, jangan bagi alasan mata masuk habuk macam abang penyu biru pulak hehe.

Bagi anda yang mana lagi menyentuh perasaan?

0 comment... add one now