Download Soalan Percubaan SPM 2012 Selangor

on Friday, September 28, 2012


2, 3 hari lepas rakan sejawat dari Wilayah Persekutuan ada minta soalan percubaan Add Maths negeri selangor daripada saya. Katanya di internet belum ada lagi soalan² percubaan SPM dari negeri Selangor, padahal negeri² lain boleh dikatakan telah ada.

Naik hairan juga sebab Selangor ni besar, sudah tentunya banyak sekolah dan semestinya sudah tentu ramai guru dan ramai cikgu jadi blogger. Bila saya cuba google memang betul lah soalan² percubaan SPM 2012 dari Selangor belum ada lagi. Subjek seperti Fizik, Matematik Tambahan, Kimia, Biologi nampaknya banyak yang dicari. Itu belum lagi subjek seperti Sejarah yang ramai tengah mencari soalan² spot ni.

Memang teknik menjawab soalan² percubaan dari negeri lain boleh membantu pelajar. Kerana ada penggubal soalan yang memasukkan soalan yang akan keluar semasa SPM dalam soalan percubaan negeri masing². Jadi kena cuba semua negeri lah kalau seelok-eleoknya. ;)

InsyaAllah saya akan upload beberapa soalan percubaan SPM 2012 dari negeri Selangor beserta skimanya sekali. Kena tunggu scan satu-satu dululah..hehe. Sabar ye anak² murid dan cikgu². Saya akan sertakan link untuk download secepat mungkin.

Soalan kertas 2 Kimia Percubaan Selangor 2012

Tahun ni pertama kali mengajar Kimia, terus mengajar form 5. Harap² sempat lah bantu pelajar dalam masa sebulan lagi ni.
Ranking: 5
 
© Hidup Ini Suatu Pembelajaran All Rights Reserved