'Last Minute Study' Membantu Dapat 8A Dalam PMR?

Esok bermula lah Peperiksaan Menengah Rendah(PMR) di seluruh negara. Pastinya pelajar², ibu bapa dan guru² tak senang duduk memikirkan peperiksaan.

Pada tahun 1999, saya menduduki ujian PMR. Masih terbayang lagi suasana dewan peperiksaan tambahan pula masa hari pertama ada pemberita TV datang, jadi malam tu masuk TV lah kami ni..hehe

Sepanjang tahun di tingkatan 3 itu, tak pernah result peperiksaan saya lebih dari 3A. Maklumlah belajar tak bersungguh-sungguh sangat, tapi masih ada kesedaranlah untuk belajar. ;). Nama saya tidak termasuk dalam senarai pelajar² yang dijangkakan dapat 8A pun (ada aku kesahhh) . Tapi alhamdulillah, bila dapat keputusan :

8A. Abaikan jip Darwisy.

Masih ingat lagi 2 minggu menjelang peperiksaan PMR, saya banyak menghabiskan masa dengan membaca buku². Lokasinya di luar rumah, di pangkin ditemani ikan² gapi peliharaan. hehehe. Nasib baiklah dapat fokus walaupun dah last² minit. Biasanya last² minit macam tu lebih senang pelajaran masuk. Hairan sungguh!

Dulu, cabaran/halangan untuk fokus belajar tak banyak. Mungkin hanya rancangan TV atau terlebih bermain bola, guli, lompat getah, penutup botol dan lain² yang sewaktu dengannya. Tapi sekarang, ada twitter, facebook, blog dan segala macam ancaman baru terhadap pelajar² zaman sekarang.

'' study sambil tweet pown bowleh kan? ''

'' *dy jap ..tweet..*dy..tido''

Antara tweet² dari pelajar² sekarang. ;) Boleh ke belajar sambil online? Pendapat anda?

P/S : Goodluck kepada semua calon PMR 2012.

0 comment... add one now