Macam Mana Rasanya Menjaga 30 Blog?


30 blog untuk diuruskan? Respeklah!

Terkejut saya apabila melihat profail salah seorang blogger yang datang berkunjung dan meninggalkan komen di blog saya ini.

Jangan marah ye tuan punya profail ni. Takpe kan dah di'blur' kan?hehe

Fuh..Mau pengsan rasanya tengok senarai 30 blog yang dijaga beliau. Dengan pelbagai niche lagi. Hebatlah. Bayangkan kalau setiap satunya dapat menjana pendapatan melalui iklan² sekiranya ada. Kayo pak cik.

Pengalaman sendiri menjaga 3 blog, satu photoblog dan satu lagi tengah dibangunkan berplatformkan wordpress + hosting sendiri pun dah pening..hoho. Inikan pula kalau 30 blog. Memang respek habislah.

Ramai blogger yang mempunyai banyak blog, salah seorang daripadanya adalah titan raja cendol dan skandal. Katanya semuanya membuahkan hasil . Sebab itulah dia suka belanja kawan² cendol Banting.

Apa pendapat kawan² mengenai kita mempunyai banyak blog. Saya rasa asasnya adalah pengurusan yang bagus dan komitmen tinggi adalah sangat penting. Kalau tiada keduanya, ada satu blog pun mungkin berkubur. Kan?

P/s : Rm 28000 untuk dimenangi dengan hanya berkongsi cerita--->http://tinyurl.com/8akytpo

0 comment... add one now