iPhone 5 Gadget Impian

on Monday, December 31, 2012

Bantu saya dalam contest iPhone 5 Gadget Impian ni dengan klik G+1 entri ini

Menari Gangnam Style di dalam taman,
Tak sedar diri sedang diperhati,
Dulu Iphone 4S jadi idaman,
Melepas Iphone 4S,Iphone 5 pula dinanti

Tahun lepas, contest yang lebih kurang sama, Iphone 4S jadi impian. Boleh baca di http://denaihati.com/iphone-4s-gadget-impian-cikgu-naman. Alhamdulillah masuk pusingan akhir dan bersaing dengan blogger² hebat semua, itu pengalaman pertama dengan contest Denaihati. Walaupun tak menang, banyak ilmu dapat dari situ dan dapat ke Sepetang Bersama Blogger.

Kali ini Iphone 5 pula yang ditawarkan Denaihati dalam contest iPhone 5 Gadget Impian

''The thinnest, lightest, fastest iPhone ever.''



Satu tagline yang sudah cukup menggambarkan ciri² hebat iPhone keluaran terbaru dari Apple ini.

iPhone 5 gadget impian yang nipis, ringan dan laju

Sebab saya inginkan iPhone 5? Sudah semestinya sama macam apa yang saya inginkan dari Iphone 4S dulu. Dan sudah semestinya model terkini lagilah dinantikan.

Saya copy entri tersebut dan ubahsuai sikit sebab² kenapa saya inginkan iPhone 5 itu.

1. Ingin memiliki smartphone sendiri khususnya gajet terkini, iPhone 5 dan menjimatkan bil telefon

Tahun lepas saya ada memenangi sebuah smartphone Samsung Galaxy SII dari contest beta.my tajaan mynewshub. Sebelum ini saya kurang mengambil tahu ciri-ciri istimewa dan kecanggihan mana-mana smartphone sehinggalah kecanggihan smartphone Samsung Galaxy SII itu dapat saya cuba sendiri. Tetapi memandangkan hadiah itu saya menangi menjelang hari jadi isteri, maka saya telah menghadiahkan smartphone itu sempena hari jadi beliau. Hidupkan Untuk Memberi.

Bila saya tengok macam-macam aplikasi yang ada dalam smartphone dan yang boleh dimuat turun, saya begitu teruja untuk mendapatkannya untuk diri sendiri. Ini kerana dengan adanya smartphone, banyak mendatangkan kebaikan kepada saya, contohnya aplikasi-aplikasi yang boleh membantu mengurangkan bil telefon seperti entri Say NO to SMS. Aplikasi-aplikasi seperti Whatsapps, Viber dan Tango contohnya boleh menjimatkan penggunaan bil telefon kerana aplikasi-aplikasi sebegitu boleh memberi khidmat SMS, panggilan suara dan panggilan video secara percuma dengan syarat ada kemudahan internet.

Jadi kalau adanya iPhone 5, saya dapat berkomunikasi dengan isteri sekiranya tidak berada di rumah secara percuma sahaja.

2. Ingin berblog, tweet, FB dan menggunakan jaringan sosial yang lain di mana-mana sahaja

Selepas memenangi Samsung Galaxy SII, saya menggunakan telefon Nokia E72 yang sebelum ini digunakan isteri saya. Banyak kekurangan dengan E72 ni. Masalahnya bila menggunakan E72, paparan internetnya sangat tidak memuaskan, ditambah lagi dengan saiz skrinnya yang kecil itu. Berbeza kalau menggunakan iPhone 5 yang canggih itu. Paparan internetnya seakan dilihat menggunakan PC/laptop cuma dengan saiz skrin yang lebih kecil. Dengan E72, saya tidak boleh update blog menggunakannya, bila masuk je blogger.com, internet akan off secara automatik.

Selalu juga saya saya baca blog-blog lain menggunakan Nokia E72. Yang tak bestnya hanya boleh melihat dalam versi mobile. Kalau buka je versi penuh, memory full dan internet akan off.

Inilah terjadi bila baca blog Denaihati


Dengan adanya iPhone 5 gadget impian, bila balik kampung tak payah bawak balik laptop lagi. Kurang beban kereta. hehe. Lagi best nanti boleh update blog di mana-mana sahaja.


Lihatlah gambar di atas. Cubaan meng'epal'kan E72 tidak berjaya. Ternyata meletakkan epal segar di telefon anda tidak menjadikan telefon anda berjenama Apple sekiranya ia bukan jenama Apple..eh pening.


3. Tidak perlu lagi mengusung DSLR ke mana-mana untuk gambar yang menarik!

Saya memang suka mengambil gambar. Saya ada sebuah DSLR Canon yang paling murah. Masalahnya saya bukannya bawa DSLR itu ke mana-mana setiap masa. Ye la, bukannya kecil dan ringan kan? Kadang-kadang banyak perkara menarik yang berlaku di sekeliling tapi DSLR tak bawa, jadi E72 jugaklah jadi penyelamat. Malangnya ciri-ciri kamera dan kualiti gambar dari Nokia E72 sangat tidak memuaskan.

Ciri-ciri kamera dalam iPhone 4S sudah diperbaharui daripada iPhone 4 yang sebelumnya sudah tentunya menghasilkan gambar yang sangat berkualiti. Kameranya sudah diupgrade kepada 8.0 megapixel, dengan f/2.4 lens (dalam siri iPhone 4, f/2.8) menjadikan ia lebih sensitif kepada cahaya.

Kini dalam iPhone 5, kameranya ditingkatkan lagi kemampuan mengambil gambar dalam gelap iaitu low-light shooting.

Kamera facetime untuk iPhone terbaru ini juga dipertingkatkan. Kalau dalam iPhone 4S, kamera depannya hanyalah VGA sahaja, tapi kali ini iPhone 5 didatangkan dengan kamera hadapan 1.2MP. Jadi kualiti panggilan video (facetime) mesti lagi bagus.

Self potrait ala Gedek's style mesti lagi cantik dengan 1.2MP front camera

Dengan iPhone 5 saya boleh tangkap gambar dan edit menggunakan application picture editor yang kemudian boleh share terus di FB, twitter atau blog. Tak perlu tunggu pindah gambar ke laptop, edit baru boleh share. Sangat menjimatkan masa.

Tambahan lagi di sekolah, saya telah ditetapkan menjadi jurugambar rasmi sekolah. Jadi kalau malas bawa DSLR, sudah cukup untuk saya menggunakan kecanggihan kamera iPhone 5.

Dan Chung buat live blogging masa Olimpik hari tu guna Iphone je ;)

4. Kemampuan iPhone 5 merakam HD video

Saya juga suka merekodkan video. Tapi malangnya kualiti video E72 tak elok dan saya terpaksa menggunakan kamera digital kompak. Kalaulah dapat iPhone 5 yang boleh merakam 1080p HD video dengan digital image stabilization, gembiranya tak terkata!! Video yang dihasilkan mesti dengan audio dan video yang sangat jelas.

Ni contoh video yang saya rakam menggunakan kamera kompak. Sebuah lagu tema untuk contest iPhone 5 Gadget Impian diberi judul deaiphonefive.


Tengoklah kualiti video dan suaranya yang tak memuaskan. Kalau direkod menggunakan iPhone 5 gadget yang menjadi impian tu mesti suara jadi lebih merdu.

Di bawah ini pula adalah entri² berkaitan dengan iPhone 5 dari Denaihati, seorang peminat tegar iPhone.

1.iPhone 5 dah sampai Malaysia

2.iPhone 4S bukan iPhone 5

3.iPhone 5 Countdown

4.iPhone 5 dilancarkan

5.iPhone 5 Gambar dan Video

6.iPhone 5 vs Samsung Galaxy S3 Drop Test

7.iPhone 5 Malaysia Pertama

8.iPhone 5 Malaysia vs Singapore vs Hong Kong vs USA

9.iPhone 5 Gadget Impian

10.iPhone 5 Gadget Impian Peserta Terpilih

11. iPhone 5 Gadget Impian Cabaran Bermula

12.iPhone 5 Blogger Paling Hebat

13.iPhone 5 Hadiah untuk Blogger

Saya akhiri entri ini dengan sebuah lagu ''Milik Siapakah iPhone itu'' hasil nyanyian sendiri..haha.


P/S : Rakan² blogger boleh bantu saya dengan tekan button +1 di bawah entri ini. Terima kasih . ;)

“Contest iPhone 5 Gadget Impian anjuran Denaihati di taja oleh eQurban.com, StudioAksara.com, AbangEnsem.com, AriffShah.com, Eizil.com, Sweetkurma.com, Azri.my, Serverfreak.com, noehas.com, anarm.net dan Denai.my

*********************************************

Cabutan² bertuah sempena contest iPhone 5 Gadget Impian . Sila klik gambar untuk ke entri giveaway tersebut.

1.Cabutan bertuah menggapai impian-Hadiah hampir RM500 jumlahnya

2. Cabutan bertuah FM USS singapore dan 2xRM10

3. Vote dan menang hari² di blog eyriqazz dan cikgunaman.

4. Cabutan bertuah untuk group 'Skuad Bantuan' di facebook. ;)



Ranking: 5
 
© Hidup Ini Suatu Pembelajaran All Rights Reserved