Itol papa..itol

Alahai anak zaman sekarang ni. Zaman gajet canggih yang bagi sesetengah orang menjadi satu keperluan, ada yang jadi kehendak dan kepuasan.

Darwisy sekarang dah makin cekap main iPad walaupun baru 3 tahun. Tahu je mana satu nak tekan kalau nak main apa2. Yang geramnya pandai cari app store sendiri leps tu install game macam2.


Amik , sekali dia install. Jenuh nk uninstall balik mana-mana game yang tak perlu. Sebelum ni dia install game belajar je. Sekarang dah pandai install game racing kereta. Bila saya setting password dia akan datang dan cakap :

"itol papa...itol papa..kete best"

Itol-install

Adoi..penuh dah game racing keta ni. Mainnya tak pun. Bila dah boring game racing, dia main game ABC atau game belajar yang lain. Kalau dah boring dengan ipad, dia main kereta mainan dia yang banyak tu pulak..hehe. Nasib baik darwisy ni tahu boring juga main ipad, kalau tak asyik dengan ipad je tak bagus jugak.

Tak sia-sia beli gajet sebegini untuk anak, kerana game belajar yang sangat interaktif banyak. Contohnya Darwisy dah kenal A-Z, 1-10 dalam BM dan 1-20 dalam BI. Darwisy jugak dah kenal sebahagian bentuk seperti segitiga, bulatan, segiempat dan yang sewktu dengannya semasa umurnya tak sampai 3 tahun. Oktagon pun dah tahu. Yang paling best, dah pandai membilang. Kalau ditanya :

" ada berapa kereta tu Darwisy?"

Dia akan bilang sama ada dalam Bm atau dalam BI dan jawab dengan betul. Tapi biasanya kiraannya dalam BI kerana game banyak dalam BI. Bilalah applikasi belajar dalam BM akan berlambak sebagaimana dalam BI ye?

Setakat ni Ipad tu main kat rumah je, tak bawa setiap kali keluar, malas nak ajar anak kat luar pun bergajet bagai. Tapi kalau balik kampung jauh2 bagi lah.


0 comment... add one now