Resepi Durian Crepe..Nyam..Nyam

on Wednesday, November 14, 2012


Fuh..Saya mulakan menaip setelah sekian lama menyepi dengan cerita pasal makanan..hehe. Rata-rata di facebook, blog, twitter bercerita pasal durian crepe ni. Setakat ni kami tak merasa lagi. Mungkin boleh cuba beli online, atau kalau rajin bolehlah buat sendiri. Resepi durian crepe dah berlambak kat internet dengan beberapa versi.



Bentuknya pun sangat unik. Bantal gitu. Dengan warna kuning terangnya, tengok gambar pun dah kecur air liur..hehe. Terfikir pulak kenapa bentuknya sebegitu dan siapakah pencipta kepada resepi durian crepe yang menjadi fenomena sekarang.

Tengok pada resepi macam simple je..hehe. Tapi kalau tak kena seninya mungkin tak jadi. Apa²pun kalau tak cuba buat tak tahu kan? ;)

Resepi Durian Crepe
Sumber--> My Resepi

Bahan-bahan ( 30 bantal )

250grm tepung gandum
2 biji telur
500ml santan
1/2 sudu teh garam
Pewarna (ikut suka nak warna apa. saya selalu buat warna hijau&kuning telur)
Filling**
1 cawan Non Dairy Whipping Creme yang sudah dipukul kental
Isi Durian yg telah dilenyek.

Cara-cara


1.Campur semua bahan kemudian blender dan tapis.
2.Panaskan non-stik pan dengan api yang kecil.
3.Tuang 1 senduk adunan dan ratakan hingga menjadi crepe. (tak perlu terbalikkan dan biarkan permukaan atas kering. Angkat dan biarkan sejuk.
4.Bentangkan sekeping crepe dan letakkan whipping cream ditengah-tengah,lapis dengan isi durian, tutup semula dengan whipping cream. Akhir sekali lipat dan simpan didalam peti sejuk.
Ranking: 5
 
© Hidup Ini Suatu Pembelajaran All Rights Reserved