Kucing Mengurut

Bantu saya dalam contest iPhone 5 Gadjet Impian dengan klik G+1


Ya! Tak perlu beli kerusi urut ribu riban atau upah tukang urut lagi. Sila latih kucing anda mengurut macam kucing kakak saya ini. Jom tengok kucing yang bernama Miko ke apa entah ini mengurut anak saudara saya, Aiman tak kisah diurut.



Teringat dulu masa zaman sekolah suka bela kucing, dan ada seekor kucing bernama Oren pun memiliki kepakaran mengurut yang sama. Geli je bila diurut oleh kucing. Kucing ni pandai, dia tak keluarkan kukunya bila mengurut. Kalau dia mengurut keluarkan kuku, naya bang!!!


Macam² pengalaman pelik sepanjang bela kucing dulu, antaranya:

1. Ajak teman dia beranak
Haha. Kelakar kan. Ada seekor ibu kucing ni dia nak beranak, saya pun sediakan tempat iaitu kotak untuk dia beranak dan tinggalkannya dengan harapan pandai-pandailah dia beranak. Tapi bila setiap kali saya tinggalkan dia, dia akan keluar balik cari saya, siap kuis lagi peha, seakan-akan suruh teman dia dalam bilik tu. Last² baringlah tepi dia sampai tertido, last² tengok dah selamat dah.

2. Kucing suka sayur
Ni kucing yang lain. Suka makan sayur-sayur macam sayur kacang panjang goreng, kangkung goreng dan sebagainya. Nak kata vegeterian tikus pun dia tibai jugak.

3. Kucing makan anak sendiri
Yang ni paling sadis. Pernah tengok ibu kucing ni makan semua anak² dia. Tak tahu kenapa. Sedih je rasa.

4. Berak dalam mangkuk tandas
Yang ni agak kelakar. Terjadi masa musim banjir. Kucing ni nak terberak, tapi dia memang berdisiplin, selalu buang hajat dia tu kat luar gali pasir, bila banjir mengiau je tak tentu arah, last² masuk tandas buang air besar dalam tandas. Pandai pulak dia tuju tepat dalam lubang mangkuk tandas tu cuma tak reti flush..haha.

Itu yang saya ingat setakat inilah. Kesemuanya kucing² yang berbeza kerana dari kecik sampailah sekolah menengah, kucing sentiasa bertukar. Kerana banyak yang mati dilanggar kereta. Rumah saya di tepi jalan besar. Kucing² yang dibela itu kebanyakannya kucing buangan. Orang buang kat kawasan rumah saya.

Kat bawah ni pulak kucing mata biru-hijau. Peliharaan saudara di Pulau Pinang.

Sekarang ni dah tak bela kucing, sebab duduk rumah atas. Seelok-eloknya kucing diletakkan di luar rumahlah . Ada jiran saya ni bela kucing dalam rumah, bau najisnya masuk ke rumah saya. Alahai, nak bela pun kena peka juga dengan jiran sebelah kan? Pakailah pasir yang boleh sembunyikan bau tu.

1 comment... add one now

Papa Mifz Papa Mifz 12 December, 2012
Eh unik yer mata kucing tuh boleh lak sebelah warna lain, kuasa Allah kan..