Semangkuk Cendol, Sepinggan Laksa Buyong dan Sebiji iPhone 5



Ya saya tahu. Tajuk tu agak melampau.

Semalam, dapat call dari sahabat sekolah yang baru balik Malaysia dari Jepun, ajak keluar minum. Dipendekkan cerita, lokasi pertemuan di gerai Laksa Pohon Getah ke apa, saya lupa dah. Lokasinya berhadapan dengan kilang Denso Bandar Baru Bangi.

Kebetulan adik ipar kawan saya ni pelajar di sekolah tempat saya mengajar sekarang. Jadi tadi adik ipar dia turut serta.

Cendol dan Laksa itu je saya punya. iPhone 5 pinjam pegang je...hehe

iPhone 5 itu bukanlah kepunyaan kawan saya, sebaliknya adik iparnya, @Arif iaitu pelajar sekolah saya yang baru belajar di Tingkatan 2. Sudah memiliki iPhone 5 dari Singapore, sebelum gadget impian itu memasuki pasaran Malaysia. Fulamak, segan pulak nak keluarkan Nokia E72 tadi..haha.

Komen saya mengenai 3 subjek utama di dalam gambar di atas :

Laksa Buyong-Macam agak kurang 'kaww' kali ini. Tapi tetap licin, rezeki hari ni. Sedap tak sedap itu rezeki.

Cendol Pulut- Dengan harga RM1.50, sangat berbaloi membayar semangkuk cendol yang cukup rasa dan seninya itu. Mungkin boleh lawan Cendol Banting En Titan.

iPhone 5- Nipis, Ringan dan Laju. Patutlah menjadi rebutan 85 peserta di contest iPhone 5 Gadget Impian yang semakin ke penghujungnya itu

Banyak cerita pengalaman berada di Jepun saya dapat. Antaranya bayaran pengasuh di sana paling murah RM1000(setelah di'convert') dan bayaran sewa rumah pun RM1000. Wow dasyat juga ye kos sara hidup di sana. Minyak kereta pun RM5-6 seliter. Yang tak berapa bestnya bila cerita pengalaman merasai gempa bumi tu, agak menakutkan tinggal di negara yang mengalami gempa bumi ni. Tapi bahaya tetap ada di mana-mana kan?

Kesimpulannya ' Hujan Emas di Negara Orang, Hujan Batu di Negara Sendiri, Lebih Baik di Negara Sendiri' dan 'iPhone 5 Memang Mengancam'..hehe




2 comments.. read them below or add one

man man 21 December, 2012
Mcm sedap..cendol itu..hehehe
man man 21 December, 2012
Sila lah dtg ke blog..http://ajax85.blogspot.com