Internet On The Go Bersama P1 Mifi MX230

Alhamdulillah, antara kelebihan menyertai Denaihati Network (klik) adalah berpeluang membuat review gajet² hebat, selain berpeluang memenangi gadget impian seperti iPhone 5.

Kali ini melalui Denaihati, saya diberi peluang oleh pihak Pocket One Network (Malaysia) Sdn Bhd (P1) untuk mencuba salah satu peranti on-the-go mereka secara percuma selama 5 minggu setengah iaitu MiFi MX230.

MX230 yang kecil dan ringan.

APA ITU MiFi?

Secara mudahnya MiFi bermaksud “My Personal WiFi“. Ia merupakan sebuah peranti pengantara yang dikuasakan bateri berfungsi sebagai router. Ia boleh menyambungkan kemudahan internet secara serentak kepada beberapa peranti WiFi berlainan seperti tablet, laptop, smartphone dan lain² secara WiFi dan juga melalui kabel yang dicucuk ke USB port.

Bersaiz kecil tapi mampu menghubungkan beberapa peranti dalam masa yang sama tanpa ada masaalah

SPESIFIKASI MX230

*Wifi Clients-Bilangan peranti WiFi yang boleh dihubungkan kepada MX230


MAKSUD ON THE GO

1. Menggunakan internet di jalan² raya (penumpang sahaja)


2. Menggunakan internet di kedai² makan kegemaran. Tak perlu minta password dengan staf kedai dah..hehe.


Maksudnya di sini anda boleh menggunakan internet di mana² sahaja menggunakan MX230 selagi ada liputan di kawasan itu. Diulangi, sekiranya ada liputan sahaja. Jadi sila semak liputan di tempat masing² terlebih dahulu ye.


PLAN P1 MiFi MX230


Terma dan syarat ToGo™ 69:

1.Prestasi maksimum adalah 10Mbps. Kelajuan bergantung kepada faktor-faktor seperti keupayaan modem, lokasi, jarak dari menara komunikasi dan bilangan pengguna serentak.

2. Modem adalah berdasarkan sewa percuma dan ada jaminan sepanjang perkhidmatan. Aksesori, seperti power adaptor, kabel bateri, dijamin selama 3 bulan sahaja.

3. Anda boleh memberhentikan perkhidmatan, tetapi dikehendaki memulangkan modem dan aksesori. (Penggantian Bateri untuk modem WiFi 4G ialah RM120)

4. Anda boleh memberhentikan perkhidmatan dalam tempoh komitmen, tetapi hendaklah membayar yuran pemprosesan penamatan awal sebanyak RM200.

5. Warga asing perlu membayar deposit RM100 terlebih dahulu.

6. Tawaran promosi adalah untuk masa yang terhad sahaja dan tertakluk kepada perubahan tanpa notis terlebih dahulu.


Untuk maklumat lebih lanjut sila ke http://www.p1.com.my/mifi/. Ada juga review² dari blogger² yang lain di sana.

Sekian entri pengenalan MX230 dari saya. Akan bersambung nanti dengan pengalaman On The Go bersama MX230 di sekitar Lembah Kelang.


P/S : Keputusan Cabutan Bertuah Gadget Impian sudah ada dalam draft. ;)

0 comment... add one now