Ambil Gambar Panorama dengan iPhone 5


Assalamualaikum/salam sejahtera rakan² blogger semua. Lamanya tak jenguk dashboard blogger ni..hehe. Sampai menimbulkan tanda tanya di kalangan peminat² basikal sekalian..haha.


Bukanlah saya sedang sibuk mengayuh basikal bak kata kak jie, tetapi ada pelbagai urusan yang membataskan masa menghadap blog. Walaupun semua orang ada 24 jam sepertimana kata kak jie di forum #sbb2013 , tapi baru sekarang dapat curi² masa update blog. Itu pun kena tunggu tengah malam setelah  anak² dan maknya masuk tidur. Sekejap lagi selepas habis update nak mengadap benda alah dalam kotak ni yang bertimbun-timbun menanti disiapkan.


Beberapa hari lepas sambil test basikal lipat yang comel itu saya sempat menguji mode panorama pada kamera iphone 5. Sungguh seronok melihat hasilnya. Begitu senang untuk mengambil gambar panorama menggunakan iphone 5 sahaja. Tak perlu menggunakan DSLR mengambil beberapa gambar kemudian dicantumkan melalui perisian photoshop (kecuali DSLR canggih dah ada mode panorama)

Mode panorama di iPhone 5 sungguh mudah digunakan.

Panoramic photography refers to the area of photography dedicated to taking pictures with a wide field of view or a wide aspect ratio (i.e., a longer horizontal reach than vertical height). Landscapes and cityscapes are the most common subjects for panoramic pictures. Theoretically, panoramic photography seeks to capture images within a greater field of view than the human eye can take in. While a human eye can take in only 70 degrees to 160 degrees of a given scene, a panoramic shot generally includes 180 degrees of a field of view.-->sumber

Antara gambar² panorama yang berjaya dirakamkan oleh lensa iPhone 5.

Jambatan di tasik belakang rumah

Tempat joging dan berbasikal, bukannya tempat cari awek macam abangensem sangat².

2 bangunan kerajaan sayup² di kejauhan


Jika ada subjek bergerak , pastikan mereka tak bergerak semasa anda ambil gambar panorama. Kalau tak jadi alien lah. ;)

Hehe. Basikal kesayangan yang menjadi idaman bro hafiz dan bro kid. (Entri basikal menyusul nanti)


Berikut video youtube cara menggunakan mode panorama di iPhone 5. Ada diiklankan di TV kalau anda perasan.


Bagi peminat landskap fotografi, sudah semestinya mode panorama ini banyak membantu untuk mengambil gambar² panorama.


1 comment... add one now