Karvival Wow datang lagi (nyanyi ikut iklan Tora).
Karnival Wow 2013 akan berlangsung seperti berikut :
TARIKH : 28 FEBRUARI - 3 MAC 2013
LOKASI : LAMAN 1 MALAYSIA, PRESINT 2 PUTRAJAYA
Mengikut iklan di atas, antara aktiviti² menarik di Karnival Wow 2013 adalah
-pameran '' Putrajaya Undiscovered Jewel''- Pertunjukan Bunga Api
- Belon Udara Panas
- Festival Makanan Antarabangsa
- Kiddy Waterpark
- Upin dan Ipin
-Tatu ATM
- GO kart
dan banyak lagi. Untuk keterangan lebih terperinci rujuk terus Portal Rasmi PPJ
Kepada peminat² fotografi bolehla mencuba kemahiran masing² mengambil gambar belon² yang akan terbang nanti. Adakah Belon Udara Panas di Karnival Wow 2013 nanti banyak seperti Pesta Belon Udara Panas 2013?
Gambar² Pesta Belon Udara Panas 2012
Macam main kejar² lah pulak
Kek birthday siapa lah yang sesat ni kan?
Menangkap Gambar Bunga Api
Sebelum² ni hanya merakam dari jauh percikan bunga² api yang menggamit ruang udara Putrajaya itu. Saya ambil gambar dari balkoni rumah sahaja sebagaimana diceritakan dalam entri ini (klik).




Kalau ada gathering photog blogger best juga ni. Mana tahu boleh berkumpul di sini sambil belajar ilmu segitiga bermuda dari bro Azman ke, atau mungkin bro akubiomed boleh ajar cara membidik yang betul. Kak Jie boleh bawa intan mengasahkan lagi bakatnya di sini..haha.



