Tukar Template


Hampir sebulan blog ini sepi kecuali entri² wordless wednesday. Agak sibuk, minggu lepas sahaja setiap hari balik petang. Dengan sukan, meeting dan lain² lagi yang menyebabkan masa mengadap blog kesayangan (?) agak terhad. Malam pula sambil tepuk² anak tumpang lena sekali sampai ke pagi. Mana nak update nya? Hehehe.

Nak mencari mood blogging balik, selain cara mata duitan, adalah dengan mengubah template..haha. Sejak dari awal berblo di tahun 2008 tak pernah saya tukar template, kali ni nekad nak tukar setelah beberapa kali terbantut.

Kali ni saya nak mencuba template dari tuan punya forblogger.net yang dinamakan thesis for blogspot. Ringkas dan kemas. Tak nampak serabut seperti yang sebelum ini.

Setelah bertahun meninggalkan coding² template, hari ni berjaya juga menukarkan template lama, tetapi masih ada yang perlu ditambahbaik. Header yang tak berapa nak menjadi sebelum ni saya berjaya tukar juga..hehe


Tiba² wife pun berkenan juga dengan template ini. Jadi sekarang laki bini menggunakan template ini . Ciri² pink mrsfiza.com semakin berkurangan.. ;)


Ok ke tak susun atur template ni? Minta pandangan kawan² blogger sekalian.




0 comment... add one now