Jadi Cikgu Ni Mudah-Episod : Jadi Artis


Yeah..Kita kembali kepada siri jadi Cikgu Ni Mudah. Kali episod cikgu bajet #retis gitu..hehe.


Pada sambutan hari guru minggu lepas, saya mewakili bahagian guru untuk menghiburkan anak² kami yang ramai di sekolah ni. Dah lama tak petik gitar, malam sebelum persembahan tu cuba lah buat latihan last² tertidur tepi gitar..haha. So masa persembahan tu bantai je la, letak lirik di peha..

Lagu pertama bertajuk anak. Rasanya ramai yang tak tahu lagu ni, masing² diam je. Bila tiba lagu kedua, saya bawakan lagu kanak² ceria Putih-putih melati ali baba.


Ya, jadi cikgu ni kadang² kita kena selami jiwa murid². Fahami apa yang diorang minat, apa yang diorang tak minat. Kalau main bedal je kita juga yang sakit hati.

1 comment... add one now

Fahmi mohd razari Fahmi mohd razari 20 May, 2013
Bukan putih putih melati cinderella ke hahahaha