Keputusan PRU13 di Tangan Rakyat Tapi Dengan Kuasa Allah

Keputusan PRU13 dinanti-nanti


Hari ini tibalah masanya bagi rakyat Malaysia memilih pemimpin untuk mentadbir negara lebih kurang bagi 5 tahun akan datang.



google pun kena demam #PRU13

Bahang pilihanraya kali ini saya rasa jauh lebih hangat kerana perkembangan jaringan sosial seperti Facebook, twitter dan lain-lain. Pelbagai cerita politik sering dikongsikan , walaupun belum tentu cerita itu betul, sampaikan kadang-kala naik rimas bila pelbagai cerita politik dari mana² parti sering menjatuhkan dan mengaibkan satu sama lain. Sedih melihat sama² kita berbalah disebabkan fahaman politik yang berbeza.

Apa²pun sudah pasti keputusan penuh PRU13 sangat dinanti-nantikan. Dan sudah pasti bahang pasca PRU13 juga akan hangat tak kira mana-mana parti yang menang, sudah pasti akan berlaku kisah 'Rumah Sudah Siap Pahat Masih Berbunyi'.

Sebagai seorang Islam kita kena mesti ingat , apa²pun keputusan PRU13 nanti, semuanya adalah di bawah perancangan Allah yang Maha Berkuasa walaupun tangan yang memangkah itu adalah manusia². Sama² kita berdoa agar semuanya berlangsung aman. Semoga pemimpin yang terpilih nanti betul² menjalankan tugas sebagai pemimpin.

Keputusan penuh pilihanraya umum kali ke 13 boleh dilihat di http://keputusan.spr.gov.my/#home.

0 comment... add one now