Sesetengah Pengundi Dibayar

Undi Anda Sangat Penting

Wah ..wah..wah..Tajuk kontroversi gitu. Bukan berkenaan dengan PRU 13 yang masih hangat itu ye kawan². Tapi sekarang tengah berlangsung proses pengundian di blog Denaihati. Boleh baca secara detail proses pengundian 14 calon yang berakhir 8 Mei 2013, jam 11.59pm di sini.

Rakan² blogger semua boleh bantu saya dengan memangkah parti saya secara online. Jangan risau, tiada penggunaan dakwat kekal yang kontroversi tu kerana pengundi boleh mengundi lebih daripada sekali..hehe.

Pangkahlah Parti CN


Akujanji saya kepada pengundi sekiranya menang

Sekiranya saya menang, 3 orang pengundi bertuah akan mendapat 10 peratus setiap seorang daripada jumlah yang saya terima. Maknanya kalau dapat tempat pertama hingga ketiga sajalah.hehe.

Kalau saya menang tempat pertama, setiap pengundi bertuah dapat RM30, kalau kedua RM20 dan kalau ketiga RM10. Saya tidak dapat menjanjikan harga kereta turun ataupun jumlah tol dikurangkan, itu sajalah yang saya mampu..;)

Cara mengundi

1. Pergi ke http://denaihati.com/undian/undian-keek-terbest-pilihan-anda.

2. Pilih 3 calon seperti dalam gambar ini.

1. cikgunaman
2. sensasi2020
3. eyriqazz

Sensasi2020 dan eyriqazz merupakan rakan sepakatan saya semasa contest iPhone 5 dulu, jadi saya teruskan sajalan walaupun kami sudah tidak berada dalam pakatan yang sama lagi..hehe



3. Klik hantar undian.

4. Komen di sini dengan perkataan ' Kali ini saya undi cikgunaman' . Komen selain daripada ayat ini takkan dikira untuk dibuat cabutan bertuah. ;)

Buat pilihan bijak, jangan ikut emosi (eh?).

P/s : Saja seronok². ;). Kalau ramai yang undi mungkin ada ole-ole dari langkawi nanti..hehe. Bagi yang mengundi, terima kasih saya ucapkan.

1 comment... add one now

Nad MamaZN Nad MamaZN 07 May, 2013
Kali ini saya undi cikgunaman