Masukkan Video Instagram Dalam Entri Dengan Mudah


Ramai sudah maklum yang aplikasi popular, instagram telah melancarkan fungsi perkongsian video baru² ini. Ada yang suka, ada yang tak suka. Adatlah, rambut mungkin sama hitam tapi hati lain-lain. Yang pastinya dengan ciri terbaru itu, data internet dan bateri akan cepat kehabisan...hehe.

Dalam entri sebelum ini, saya tak jumpa cara masukkan video instagram ke dalam blog. Entah macam mana tiba² rajin google cara masukkan video tersebut dengan menggunakan kata kunci Bahasa Inggeris. Ada lah 3-4 tutorial berkaitan, ada yang susah ada yang senang.

Cuba pula cari dengan menggunakan kata kunci Bahasa Melayu tak jumpa pula. Apa salahnya saya buat kan? Lagipun sangat ringkas , tak perlu taip panjang². Cara-cara masukkan video instagram ke dalam entri blog anda semudah ABC sahaja. ;p
1. Log in ke akaun instagram anda dan klik video yang hendak dimasukkan ke dalam entri
2. Copy address video tersebut


3. Pergi ke http://instaembed.com/ dan masukkan link video tadi macam gambar dibawah. Dapatkan kod embedded tersebut dan masukkan ke entri anda..


Ni penerangan secara ringkasnya, dan rasanya sudah ramai yang tahu tapi mungkin ada juga yang tak tahu..hehe. Semoga bermanfaat.

P/S : Tiba² je buat entri tutorial.

0 comment... add one now