Sekolah² di Selangor dan Kuala Lumpur ditutup Kerana Jerebu

Esok sekolah dicutikan

PETALING JAYA: Semua sekolah di Kuala Lumpur dan Selangor akan ditutup pada Isnin berdasarkan keadaan jerebu teruk sehingga pukul 5 petang Ahad.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri G Palanivel berkata, Menteri Pelajaran kedua Datuk Seri Idris Jusoh akan mengambil tindakan susulan mengenai perkara itu.

Palanivel berkata keadaan jerebu semakin buruk pada pukul 5 petang.

Beliau menasihatkan ibu bapa untuk memastikan anak-anak mereka berada di dalam bangunan.

mstar online


Jadi semua warga sekolah, iaitu murid², guru² dan staf akan secara automatik bercuti.

Saya rasa agak hairan kenapa sekolah² Putrajaya tidak terlibat sedangkan keadaan jerebu di Putrajaya hari ini sangat teruk. Walaupun saya bekerja di Selangor, tapi saya rasa sekolah² di Putrajaya patut dicutikan juga.

Berikut ada beberapa keping gambar sekitar Putrajaya pada pagi tadi.




Bila lihat keadaan ini, tiba² terngiang-ngiang lagu Scorpion 'What You Give You Get Back'. Mungkin inilah reaksi alam terhadap kerosakan yang kita buat?

Sama-sama kita doakan keadaan ini berakhir secepat mungkin.


UPDATE : Menerusi Laman Web KPM, berikut adalah sekolah-sekolah yang ditutup berikutan jerebu (23 Jun 2013)

1) Semua sekolah di Melaka, Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

2) Beberapa daerah di Johor dan Pahang yang terjejas teruk.

Untuk 25/06/2013, setakat ini hanya sekolah di Pelabuhan Kelang yang akan ditutup di Selangor. Untuk makluman, hanya sekolah yang berada di kawasan IPU 300 ke atas barulah diwajibkan ditutup.


Untuk melihat dengan lebih lengkap senarai sekolah yang ditutup sila rujuk Senarai Sekolah Yang Cuti Esok

0 comment... add one now