Sindrom Tulis ,Katup dan Terlupa


Katup = Tutup dalam loghat Klate, Kedah

Salah satu penyebab blog saya jarang berupdate adalah sindrom pelik di atas yang pandai² saya beri nama sendiri. Lihatlah jumlah draf entri yang disimpan sehingga setakat ini. Ada sesetengah tu tersimpan rapi sejak 2 tahun lepas. Ada lebih kurang 30++ entri terkumpul dalam draf.




Punca
Banyak faktor penyebab kepada sindrom di atas. Itu selalu berlaku sekiranya tidak peruntukkan masa khas untuk berblog, contohnya buat entri sambil tengok TV atau bermain dengan anak-anak. Bila dah berhenti sekejap, besar kemungkinan entri yang sedang ditulis terus disimpan kemas dalam draf dan terus terlupa.

Penyelesaian
Kena peruntukkan masa untuk berblog. Contohnya hujung minggu ambil masa sejam dua atau lebih hasilkan entri untuk seminggu dan buat auto publish. Itu kalau idea adalah, kalau tiada idea, boleh blogwalking in sha Allah dapat idea bila baca blog orang..hehe..

Masa
Tapi kadang-kadang kekangan masa menjadi penyebab utama sindrom tersebut. Nak buat macam mana, kena pandai² sendiri lah atur kan? Semua ada 24 jam sehari. Tengoklah tokey cendol banting, Titan. Masa perhimpunan pun sempat berblog..hehe.

Penyakit 'M'
Penyakit paling berbahaya..keh keh. Kalau ada si M ni, apa² kerja pun tak jadi. Kalau rasa malas sangat boleh baca entri Cara Mengembalikan Semangat Berblogging kot² semangat berblog kembali meninggi.

Sekian, majulah blog untuk agama,bangsa dan negara. ;)


2 comments.. read them below or add one

Hafiz Rahim Hafiz Rahim 25 June, 2013
Bagi draft tu kat aku bro..confirm tak lupa..hehehe
Papa Mifz Papa Mifz 26 June, 2013
30 entry dalam draf yer, banyak tuh bro..kasi publishla cepat,hehe