Bonus Sebulan Gaji di selangor

Bonus raya 2013 Jadi Realiti


Wah..bukan main senyum lebar muka penjawat-penjawat awam di selangor pagi ini kerana Menteri Besar telah mengumumkan bonus raya sebulan gaji. Sebelum ini semua duk pakat berteka-teki ada ke tak bonus raya 2013. Sekarang dah terjawab, tahun ni juga ada rezeki lebih dapat bonus raya.



Selangor Umum Bonus Raya Sebulan Gaji Kepada Penjawat Awam Negeri

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada Rabu mengumumkan bonus sebulan gaji kepada 21,776 penjawat awam negeri sempena Aidilfitri tahun ini.

Beliau berkata, kerajaan negeri memperuntukkan RM30 juta bagi tujuan itu dan bonus akan diberi selewat-lewatnya hujung bulan ini.

"Pemberian bonus ini akan diberikan kepada kakitangan tetap, kontrak dan sambilan... namun sekiranya kerajaan pusat mengumumkan pemberian bonus sebulan setengah gaji kepada penjawat awam, maka kerajaan Selangor akan menambah lagi (bonus) setengah bulan gaji kepada penjawat awam di negeri ini," katanya pada sidang media di sini.

 Dah ada rezeki lebih bolehlah kita sedekah banyak2 di bulan Ramadan ni kan ?


Sayangi Selangor Yakini Allah SWT

Edit : Nampak gaya macam cikgu² kat Selangor tak dapat sebab bawah kerajaan pusat.


0 comment... add one now