Melayu Boleh


Melayu Boleh Berjaya Juga


Melayu mudah lupa.

Janji Melayu.

Melayu tak boleh berbisnes, nak menipu je.

Melayu dalam sukan, jaguh kampung sahaja.

Itu antara perkara-perkara negatif yang selalu dikaitkan dengan Melayu.

Tapi sebenarnya Melayu juga boleh berjaya. Dah banyak dibuktikan kejayaan anak-anak Melayu. Melayu juga boleh bersaing dengan bangsa-bangsa lain di dunia.


Orang Melayu boleh Maju Dalam Perniagaan
Walaupun tak boleh lawan bangsa lain yang begitu ramai ahli perniagaan yang berjaya di Malaysia ini, kita patut berbangga dengan tokoh perniagaan kita yang antara terkaya di Malaysia seperti Syed Mokhtar Al-Bukhari yang menguasai pelbagai industri di Malaysia. Boleh lihat Senarai Terhebat – 10 Usahawan Melayu Terkaya Di Malaysia 2013.



Melayu Boleh Bersaing Dalam Sukan Antarabangsa
Dulu kita ada keluarga Sidek yang dulunya menguasai arena badminton dunia. Kejayaan menjuarai Piala Thomas 1992 dengan kehadiran anak-anak Melayu, berbanding sekarang. Melayu boleh!! Moga ungkapan Melayu Boleh seiring dengan laungan Malaysia boleh.


Kita juga ada pelumba muda di Grand Prix iaitu Zulfahmi Khairuddin yang sudah berjaya menaiki podium. Satu lagi anak melayu yang membanggakan kita. Anak² melayu juga boleh beraksi dengan baik di litar lumba, bukan setakat merempit di jalanan sahaja.

Kartun Melayu Boleh Menggegar Industri Antarabangsa
Kita sudah ada Upin dan Ipin. Animasi ciptaan anak-anak Melayu yang sudah menembusi pasaran luar Malaysia. Kartun ini membuktikan hasil tangan anak melayu boleh dipasarkan ke luar negara dan mendapat sambutan yang hebat sekali. Betul..betul..betul.


Angkasawan Pertama Malaysia

Juga anak melayu kita. DR Sheikh Muszaphar Shukor, telah berjaya membawa nama Malaysia ke ruang angkasa lepas pada 21 Oktober 2007. Satu lagi kejayaan anak Melayu yang membuktikan melayu juga boleh.


Blog/Blogger Melayu Boleh Menarik Minat Orang Ramai
Sekarang kita tengok ramai juga blogger² Melayu yang menang di anugerah yang melibatkan blogger, contoh yang terbaru adalah DiGiWWWOW Awards, di mana pemenang Blogger of The Year adalah orang Melayu kita, iaitu Irine Nadia. Tak lupa blog Denaihati.com yang menjadi blog personal no 1 di Malaysia sekarang ni. ;)

Mungkin banyak lagi kejayaan² anak Melayu yang tidak dinyatakan di sini. Apa-apapun paling penting melayu dengan melayu bersatu lah. Janganlah bergaduh sesama kita disebabkan fahaman politik atau bola(hihi).

Takkan Melayu Hilang di Dunia!

Satu ungkapan keramat untuk kita, dan kita mestilah membuktikannya.

Jom kita santai² dengan video Melayu Boleh bersaing dengan orang lain. Kita punya identiti tersendiri yang patut dibanggakan. Maaf video seakan-akan berkualiti tahap 3gp sahaja.



P/S : Contest SEO kedua selepas iphone 5 Gadget Impian. Harap² ada rezeki ;).

1 comment... add one now