Muka Blog Baru Denaihati


Ringan, laju dan elegan.

Itulah yang saya rasa apabila melayari muka blog baru blog personal no 1 tanahair, Denaihati.com.



PAPARAN MUKA ARTIKEL
Gambar di atas menunjukkan paparan sesuatu entri. Ruang entri yang lebih besar daripada sebelum ni lebih enak dibaca, seenak semangkuk cendol yang cukup rasanya..hehe. Dengan ruang entri yang lebih luas, nak baca lebih seronok lebih² lagi bila ada entri travel yang sudah semestinya padat dengan gambar².


PAPARAN HALAMAN UTAMA
Gambar di atas pula menunjukkan paparan depan blog denaihati. Gambar thumbnailnya lebih besar dan jelas, meningkatkan rasa ingin membaca entri² yang mempunyai gambar² yang menarik kebanyakannya. Ini boleh menyebabkan pembaca-pembaca akan stay lama di blog ini untuk membaca entri-entri yang terpapar di muka hadapan.

PANTAS
Bila dibuka blog Denaihati yang berwajah baru ini, saya rasa ia lebih pantas dari sbeelum ini. Dengan masa loading yang lebih pantas, sudah semestinya ia memberi lebih peluang kepada blog Denaihati menguasai enjin² carian kerana apa yang saya tahu, faktor kepantasan loading juga memberi kesan kepasa SEO.

SIDEBAR.

Sidebar untuk paparan muka blog yang baru ini nampaknya sangat ringkas, tidak padat seperti paparan sebelum ini. Perasan tak ada projek baru tu kat sidebar? Kedai Denaihati, yang akan menjual berbagai produk fizikal dan eBook keluaran team Denaihati. nak tahu lebih lanjut silalah ke http://kedai.denaihati.my/.

Sebagai orang bisnes, Denaihati sangat kreatif dalam menjadikan blog sebagai punca pendapatan dengan cara yang pelbagai.










Button Share?.
Cuma untuk tema baru ni saya tak nampak pulak 'social sharing button' seperti FB like, retweet, G+1 dan lain-lain. Kalau ada memudahkan pembaca-pembaca berkongsi entri yang dibaca. Bila saya tengok entri eyriqazz, dia kata ada semua tu, adakah laptop saya yang bermasalah? Cuba tengok gambar pertama, memang tiada semua butang FB/G+1/Retweet di sidebar penjuru atas kanan.

Kesimpulannya, blog Denaihati.com sentiasa maju ke depan, sentiasa menjadikan keselesaan pembaca-pembacanya salah satu faktor utama kejayaan blog yang menang pelbagai anugerah besar 2 tahun kebelakangan ini. Semoga blog Denaihati terus maju, dan terus membawa kebaikan kepada pembaca-pembaca setia.