MyKad Smart Shopper Bikin Tertanya-tanya
MyKad Smart Shopper. Pertama kali saya dengar program ini di facebook komuniti kejiranan saya di Putrajaya. Ada seorang jiran ni boleh dikatakan setiap hari menwar-warkan mengenai kewujudan program MyKad Smart Shopper ini. Masa tu memang tertanya-tanyalah apalah program Mykad Smart Shopper ni.
Kali ini saya terpanggil pulak untuk masuk contest SEO yang mempertaruhkan MyKad Smart Shopper sebagai kata kunci untuk dinilai. Tiba-tiba rajin masuk contest SEO..;) Ini kali ketiga lah masuk contest SEO selepas iphone 5 gadget impian dan melayu boleh.Untuk masuk contest ini secara tak lagsung saya kena cari maklumat berkenaan program MyKad Smart Shopper ni.
Apa itu MyKad Smart Shopper?
Program MyKad Smart Shopper , merupakan satu program yang menawarkan diskaun dan ganjaran melalui Mykad kita yang sebenarnya mempunyai lebih daripada 50 fungsi. Ia dimiliki sepenuhnya oleh I Synergy Universal Sdn Bhd (ISU) dan boleh didapati PERCUMA untuk SEMUA rakyat Malaysia yang menggunakan MyKad mereka melalui AJ Gabungan atau mana² agensi yang diberi kuasa.
Tiada perkongsian atau perniagaan usaha sama komersial antara ISU dan mana-mana pihak ketiga Organisasi, Persatuan, NGO, atau Pihak Berkuasa Kerajaan.
Mendapat galakan dan disokong oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN-Jabatan Pendaftaran Negara) dan Multimedia Development Corporation (MDeC), program ini bertujuan untuk menawarkan keistimewaan program diskaun yang saling memuaskan antara peruncit dan pengguna Malaysia .
Tiada perkongsian atau perniagaan usaha sama komersial antara ISU dan mana-mana pihak ketiga Organisasi, Persatuan, NGO, atau Pihak Berkuasa Kerajaan.
Mendapat galakan dan disokong oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN-Jabatan Pendaftaran Negara) dan Multimedia Development Corporation (MDeC), program ini bertujuan untuk menawarkan keistimewaan program diskaun yang saling memuaskan antara peruncit dan pengguna Malaysia .
Bagaimana Program MyKad Smart Shopper Berfungsi?
Boleh lihat video ini untuk lebih memahami bagaimana program MyKad Smart Shopper ini dijalankan.
Secara ringkasnya ia dijalankan dalam 3 langkah :
Langkah Pertama
Agen yang dilantik mendaftarkan mykad anda
Langkah Kedua
Anda pergi membeli-belah di kedai-kedai yang mengambil bahagian dan mendapat diskaun dan mata ganjaran.
Langkah Ketiga
Kedai² terbabit menawarkan diskaun dan mata ganjaran kepada pelanggan dan juga insentif kepada agen yang terlibat.
Kedai-kedai Yang Mengambil Bahagian
Memang sudah banyak kedai-kedai yang mengambil bahagian dalam program ini. Boleh lihat senarai penuhnya di http://mykad.aj.my/category/0-view-all/
Boleh Percaya Ke Program MyKad Smart Shopper?
Saya bukan agen, tapi berdasarkan hasil carian google, saya rasa ia boleh dipercayai. Lagi-lagi sudah banyak mendapat liputan dalam akhbar² tempatan.
Anda bolehla mencari sendiri maklumat² berkaitan program MyKad Smart Shopper ini di internet. Untuk maklumat yang sahih, boleh terus ke http://mykad.aj.my/.
Kelebihan MyKad Smart Shopper
- Pendaftaran Percuma
- Tiada tarikh luput keahlian
- Nikmati Diskaun Segera & Rebate Tunai
- Anda boleh mendapatkan diskaun sehingga 20% di kedai-kedai tersebut hanya dengan menunjukkan IC/MyKad.
- Perolehi mata ganjaran dari perbelanjaan untuk penebusan hadiah ( RM 1 = 1 Point AJ)
- Tiada kad tambahan ( Hanya Guna MyKad)
Kesimpulannya program MyKad Smart Shopper agak menarik kerana potensinya tinggi sebab kalau dah rakyat Malaysia, secara automatik layak masuk ke program ini. Tetapi saya rasa masalah besarnya majoriti pemegang Mykad lebih selesa menggunakan Mykad sebagai dokumen pengenalan sahaja. Sekiranya program ini meluas, rasanya boleh menenggelamkan program² loyaliti sedia ada seperti Bonuslink dan lain-lain lagi.
" Contest ini dianjurkan oleh Blog Coretan Anuar ditaja bersama SembangHari2, Discount-Hari2 , Pak Ya Homestay , GSR2U "
Post a Comment