Buat Duit Dengan Blog


Buat duit dengan blog. Bukan senang hendak buat duit dengan blog, dan kalau kena gayanya bukannya susah nak dapatkan hasil dari blog. Kalau kita anggap susah, memang susah lah buat duit dengan blog ni. Seminar buat duit dengan blog anjuran Denaihati banyak membuka minda blogger yang hadir, bahawa blog boleh menjadi sumber mendapatkan duit. Selain meletakkan iklan, dengan blog kita juga boleh mencuba program-program affiliate yang berlambak di internet. Salah satu blogger yang pakar dalam affiliate ini adalah tokey cendol kita dari Banting. Tips darinya "Buatlah kerja, kalau malas macam mana nak dapatkan hasil" .

Pengalaman saya sendiri buat dengan blog ini tidaklah banyak :

Iklan nuffnang.
Iklan nuffnang yang membuahkan hasil walaupun tak banyak, tapi seronok jugak dapat dapat cek dari si N yang kadang kadang bukannya menjadi kegemaran blogger-blogger. 


Buat duit dari blog orang lain
saya juga suka buat duit dengan blog orang lain seperti saya katakan di entri bonus raya 2013 baru- baru ini. Entri ini pun kalau ada rezeki boleh dapat duit raya dari Denaihati.. hehe.

Contest
Yang ni kalau bernasib baik ada rezeki dapatlah hasil dia. Kemenangan melalui contest blog yang paling besar bagi saya adalah contest Iphone 5 anjuran Denaihati. Hasilnya seketul Iphone 5 dan tunai RM500. Banyak lagi contest blogging ni lebih-lebih lagi contest SEO seperti Mykad Smart Shopper yang sedang berlangsung sekarang.

Servis online
Haaa.. Yang ni adalah pendapatan dari blog yang berterusan. Tak banyak tapi sentiasa mendapat permintaan. Sikit sikit lama lama jadi bukit bak kata pepatah. Servis yang dimaksudkan oleh saya adalah cuci gambar passport online. Oleh kerana entri tersebut di tempat pertama carian google, peluang untuk mendapat pelanggan adalah sangat tinggi. Itulah pentingnya tips SEO yang dipraktikkan oleh blogger-blogger yang menjana duit dari program affiliate. 


Ya ,memang banyak sebenarnya peluang buat duit dengan blog ni. Tak hairanlah ada yang berhenti kerja semata-mata untuk menjadi blogger sepenuh masa seperti abang ensem dan shakiddo.

1 comment... add one now

Fahmi mohd razari Fahmi mohd razari 19 August, 2013
Setuju dengan cikgu kalau kena gayanya memang boleh jana pendapatan dengan blog