Al Fatihah


Setiap yang hidup akan pergi tak kembali

Semalam saya dan warga sekolah dikejutkan dengan berita kematian seorang pelajar tingkatan 3 sekolah kami. Diberitakan terlibat dalam satu kemalangan di Lebuhraya Plus.

Saya rasa agak terkesan dengan berita ini kerana saya ada mengajar arwah, walaupun hanya subjek Pendidikan Jasmani yang hanya 2 kali seminggu saja jumpa. Walaupun arwah berada di kelas hujung, tapi arwah merupakan seorang pelajar yang baik, tahu hormatkan guru dan bila jumpa je akan senyum.



Sungguh menyedihkan, lagi² peperiksaan PMR bakal menjelang tidak lama lagi. Dan paling sedih, arwah merupakan anak tunggal dalam keluarga. Hanya ibu bapa arwah yang tahu betapa sedihnya rasa kehilangan itu.

Tadi sedang mengelaskan gambar² yang saya ambil untuk redaksi majalah, tiba² ternampak muka arwah.

Arwah berdiri di belakang 3 dari kiri


Moga arwah tenang di sana dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Semoga keluarga arwah tabah dalam menghadapi ujian besar ini.

Jom ambil masa sejenak sedekahkan Al Fatihah kepada arwah Muhd Amierul.


Al Fatihah.


0 comment... add one now