Backyard Monsters and Dinosaurs di Putrajaya

Sekarang tengah berlangsung Pameran Backyard Monsters dan Dinosaurs bertempat di Pusat Maritim Putrajaya di Presint 5. Dah berlangsung dari 31 Ogos yang lepas dan akan berakhir Februari tahun depan. Setakat ni belum sempat lagi nak terjah ke Pameran Dinosaur ni. Padahal dah dekat dengan rumah tu.



Tarikh : 31 August 2013 - 28 February 2014
Tempat: Marina Putrajaya (Pusat Maritim Putrajaya)

BAYARAN
Dewasa : RM10
Kanak² : RM6

Tiba² teringat masa bawak Darwisy ke Pameran Dinosaur di Pusat Sains Negara dua tahun lepas. Mula² menangis, menjerit takut tengok replika² dinosaur yang besar tu. Peluk kami kuat² tak nak turun bawah. Tapi lama kelamaan hilang terus rasa takut dia tu..hehe.

Ni masa mula² terkejut tengok dan dengar bunyi dinosaur

Dah lama sikit hilang takut baru tunjuk skill berposing..hehe


Tengok ni, papa mana ada takut..

Itu gambar² pameran dinosaur 2 tahun lepas semasa Darwisy berumur 2 tahun. Kali ni kalau pergi ke pameran dinosaur Backyard Monsters and Dinosaurs Putrajaya agak² macam mana reaksinya ya? Pameran kali ni tak pasti pulak menarik ke tak, kena tengok feedback mereka-mereka yang dah pergi dulu. Tiket pun agak mahal tu..hehe. Sesiapa yang berminat bolehlah singgah² di Backyard Monsters and Dinosaurs Putrajaya 2013 ye.



0 comment... add one now