Mark Adam-Pencuri


Pencuri.

Kalau didengar pada tajuk memang pelik. Tapi bila didengari lagu Mark Adam yang bertajuk Pencuri ni, ternyata ia sangat unik dan menarik. Pertama kali dengar lagu ni pun dah tertarik terutama sekali dengan rentak lagunya itu.

Apa yang saya dapat tahu mengenai penyanyinya, Mark Adam merupakan rakyat Filipina tetapi berkahwin dengan orang Malaysia.


"Saya mula menyanyi pada umur 8 tahun lagi dan mula diperhatikan apabila memenangi Battle of Champion di Cebu City, Filipina pada usia 12 tahun.

"Sejak daripada itu saya tidak berhenti menyanyi kerana ini mata pencarian menyara kehidupan keluarga saya yang sangat susah.

"Selepas dua tahun di Malaysia, saya berkahwin dan memohon warganegara tetap selama enam tahun. Syukur akhirnya saya berjaya memiliki status yang sah kini," cerita Mark.
sumber Kosmo

Sesiapa yang belum pernah dengar lagu ni jom tengok video youtube Pencuri oleh Mark Adam. Kot² boleh hilangkan Monday Blues..hehe.


Lirik Lagu Pencuri - Mark Adam

Jangan tinggalkan auramu
Di sekelilingku
Ia membuat aku termimpi
Mimpikan kita

Jangan biarkan wangianmu
Mohon memahami
Ia melekat di hidung
Yang memenuhi
Di setiap sudut mindaku

Chorus:

Kan ku curi hatimu
Menyamun senyummu
Kan ku culik cintamu
Macam ku larikan lirikmu
Kau tak perasan aku sukamu
Dari dulu lagi
Kau simpan hatiku
Dari Darjah Satu
Darjah Satu

Jangan senyum bila di depanku
Fokusku tergendala
Kau memaksa aku menutup mata
Tak sempat tutup telinga
Bila kau tertawa

Kan kukembalinya padamu nanti
Bila kita berjanji
Tuk sehidup semati

Chorus:

Kan ku curi hatimu
Menyamun senyummu
Kan ku culik cintamu
Macam ku larikan lirikmu
Kau tak perasan ku sukamu
Dari dulu lagi
Kau simpan hatiku
Dari Darjah Satu
Darjah Satu
Dari Darjah Satu
Aku suka kamu

Sumber

Mark Adam

0 comment... add one now