The Chicken Rice Shop Tiada Halal JAKIM?


Agak heboh diperkatakan di ruang media sosial tentang isu ketidakhalalan beberapa premis makanan yang tersohor. Antaranya The Chicken Rice Shop dikatakan tidak pernah memohon sijil halal JAKIM. Hairan juga, kerana selalu lalu depan The Chicken Rice Shop terpampang logo Halal JAKIM, takkan syraikat besar dan popular macam tu nak tipu? Walaupun saya tidak pernah makan di The Chicken Rice Shop, disebabkan rasa ingin tahu, saya cuba menyemaknya di portal halal JAKIM. Dan keputusannya :



Ada 60 sijil halal dikeluarkan oleh JAKIM kepada 60 cawangan The Chicken Rice Shop.


Boleh cuba tengok sendiri di portal Halal JAKIM--> http://www.halal.gov.my/

Cara-cara carian maklumat dari website JAKIM adalah seperti berikut:
1) Klik > PENGGUNA
2) Klik > DIRECTORY HALAL
3) Senarai Direktori klik > SYARIKAT
4) Maklumat carian taip > The Chicken Rice Shop ( taip nama penuh syarikat )
5) Klik > Premis Makanan

Penjelasan dari The Chicken Rice Shop :

Pengumuman - Pengesahan status halal JAKIM untuk restoran The Chicken Rice Shop.

Memandang isu makanan halal menjadi perkara yang sangat sensitif kepada masyarakat Islam di negara kita masa kini, syarikat kami juga tidak terkecuali daripada permasalah tersebut. Kebelakangan ini syarikat kami dihujani dengan pelbagai soalan melalui media cetak dan media elektronik berkaitan status halal syarikat ini.

Walaupun perkara ini adalah merupakan isu berbangkit, syarikat kami ingin menegaskan bahawa The Chicken Rice Shop memang adalah sebuah syarikat makanan halal yang telah mendapat pengesahan halal daripada Jakim sejak bulan April tahun 2005. Syarikat kami memang mempunyai hubungan yang baik dengan Jakim dan sentiasa mematuhi segala peraturan halal yang telah ditetapkan oleh Jakim dari masa ke semasa.

Merujuk kepada beberapa artikel dari website yang kononnya syarikat ini tidak mendapat pengesahan halal dari Jakim, perlu dijelaskan disini bahawa persoalan ini telah diutarakan kepada pihak Jakim pada tahun 2003. Pada waktu itu syarikat kami telah pun mendapat sijil halal dari Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kerana restoran kami hanya beroperasi di negeri Selangor. Kekeliruan timbul apabila pihak Jakim memberi jawapan iaitu syarikat ini tidak pernah memohan sijil halal daripada Jakim walhal syarikat ini telah mendapat sijil halal daripada pihak JAIS.

Walau bagaimana pun kekeliruan ini telah pun berjaya di atasi apabila syarikat kami mula memohon sijil halal Jakim serta berjaya memperolehi sijil tersebut beberapa bulan kemudian. Pihak Jakim sendiri telah pun mengemaskini segala data dan maklumat terkini didalam Website Jakim. Sila layari Website Jakim www.halaljakim.gov.my untuk mendapat kepastian tentang status halal syarikat kami. Terima kasih

Pandangan saya, jangan mudah percaya dengan berita-berita Facebook dan sebagainya. Ada sumber sahih yang kita boleh rujuk. Risau sekiranya itu semua permainan jahat pesaing-pesaing perniagaan. Kita yang tak kena mengena pulak ikut je kongsi benda-benda macam ni. Tak pasal-pasal kita terlibat dengan menfitnah kan?

0 comment... add one now