15GB internet 4G dengan RM69 sebulan

Seronoknya tak habis-habis

Memang seronok. Bukan senang nak jumpa promosi dari mana-mana syarikat Telco di Malaysia yang berani menawarkan internet berkelajuan tinggi dengan peningkatan kuota lebih 3.75 kali ganda daripada syarikat² Telco yang lain. Kita lihat dulu perbandingan apa yang ditawarkan P1 dalam promosi ToGo Triple Quota dengan apa yang ditawarkan syarikat² telco yang lain.

Dengan harga lebih kurang sama, iaitu sekitar RM69 :


Klik gambar untuk lebih jelas

Oleh kerana ini adalah broadband To Go, atau dalam bahasa melayunya broadband mudah alih, anda akan tetap mengalami keseronokan berinternet di mana-mana sahaja selagi di kawasan yang ada liputan. Di mana-mana sahaja, anda boleh berseronok dengan :

Streaming video dan lagu kesukaan
Kita sedia maklum data akan cepat habis sekiranya kita melayari laman yang menyiarkan video-video seperti youtube dan sebagainya. Sekiranya internet perlahan, akan ambil masa untuk 'buffering', sekaligus membantutkan kita menonton video tersebut dengan lancar. Dengan internet laju 4G dari P1, ditambah pula dengan kuota 15GB, jangan risau akan masaalah buffering dan kuota habis.

Perkongsian fail bersaiz besar
Kadang-kadang pekerjaan kita memerlukan kita melakukan urusan penghantaran fail-fail secara maya seperti menggunakan khidmat wetransfer, di mana kita boleh berkongsi fail sebesar 2GB. Jadi sudah tentu data internet akan digunakan dengan banyak. Tetapi dengan adanya internet laju dengan kuota sebesar 15GB, jangan risau. Anda akan rasa seronok dengan urusan kerja anda , kerana internet yang laju dengan kuota yang besar melancarkan kerja anda.

Permainan online
Bagi peminat² permainan online, tak perlu cari WIFI percuma untuk hobi anda itu. Dengan modem yang boleh dijadikan wifi, mainlah game online yang memang akan perlukan data yang banyak seperti Blackshot kegemaran anak murid saya, DOTA kegemaran En Titan atau candy crush sepuas hati anda, tapi jangan di waktu pejabat!!!


Ruang sosial
Bagi kaki-kaki facebook,instagram, twitter, dan sebagainya, sudah tentu seronok tak habis-habis kerana tak perlu risau dengan kekurangan kuota internet . Dengan To Go RM69 Triple Quota, pasti lebih seronok untuk melayari ruangan sosial kegemaran anda di mana-mana sahaja. 15 GB itu sudah tentulah kuota yang sanggggggat banyak untuk anda. Berseronoklah!!

Blogging
Bagi blogger² tegar, yang hampir separuh hari bahkan ada yang lebih mengadap dunia blogging, sudah tentu mempunyai broadband mudah alih yang laju dan berkuota besar diidamkan. Ini kerana dengan melayari blog rakan², data banyak digunakan lebih² lagi kalau melayari blog yang suka berkongsikan banyak gambar² atau video-video. Jadi pasti blogger lebih seronok berblog menggunakan To Go Triple Quota. Seronok boleh kemaskini blog masing² di mana-mana sahaja.

CEO P1, CC Puan berkata, tema kempen, “Seronoknya Tak Habis-habis” menterjemahkan definisi keseronokkan yang dapat dinikmati oleh pengguna tanpa perlu bimbang tentang had kuota. Tambah Puan lagi, rakyat Malaysia perlu terus menikmati keseronokkan dalam hidup, tidak kira secara online mahupun offline, sama seperti prinsip P1 dalam memberikan keceriaan dan kegembiraan dalam kehidupan.

Jumlah data diukur dalam Kilobait, Megabait atau Gigabait untuk menentukan kadar penggunaan yang boleh dilakukan secara online. Menurut Puan, tidak seperti pelan tanpa had yang ditawarkan di pasaran, P1 tidak mengehadkan penggunaan kuota, tidak mengurangkan kelajuan internet pada tahap penggunaan tinggi, tidak menyekat mana-mana aplikasi; atau mengehadkan waktu penggunaan kuota. “Ini adalah Pelan Tanpa Had sebenar ditawarkan P1 sempena menyambut ulang tahun ke-5 kami.”

Kenapa pilih P1?

Sejak penubuhannya, P1 telah menerima anugerah berikut:
2008 ● Red Herring Asia’s Most Innovative Private Technology Company
         ● Malaysia Book of Records - Malaysia’s first WiMAX telco
2009 ● Malaysia APICTA Best of Start-Up Companies
2010 ● Frost&Sullivan Malaysia Telecom Awards –Most Promising Service Provider of the year
         ● Malaysia Effie Awards - “Sudah Potong?” Campaign (Gold)
2011 ● Best Enterprise Brand by Global Golden Brand Awards
         ● Global Leadership Awards – Internet Category
2012 ● GoMobile – Best Home Broadband

Dalam 5 tahun, banyak pencapaian diperolehi oleh P1. Itu membuktikan kesungguhan mereka untuk menempatkan diri dalam kalangan penyedia telco utama di Malaysia ini.

Teruja??

Pelan To Go Triple Quota
Keep playing with no limit

Mesti anda tertanya-tanya berapakah kos pengaktifan, berapa lama kontrak dan sebagainya kan? Sekiranya ingin maklumat lebih lanjut sila ke web P1 sendiri iaitu---> Pelan To Go Triple Quota P1

0 comment... add one now