Penipuan maklumat gaji guru



Sekarang heboh diceritakan mengenai penipuan akaun-akaun guru oleh seorang yang tak bertanggungjawab. Ianya datang dari emel di bawah, dengan alamat aminmoe.gov@gmail.com. Dari emel dah boleh diagak satu penipuan kan?




Emel penipuan yang licik

Emel ini disertakan dengan borang di bawah ini.

Borang untuk dapatkan maklumat gaji cikgu

KPM melalui facebook rasminya telah memberi penafian berikut :

PERHATIAN!

Kementerian Pendidikan Malaysia Tidak Mengeluarkan Sebarang Arahan Kepada Sekolah-Sekolah Untuk Memberi Senarai Nama Guru-Guru Dan Kakitangan Sekolah Bagi Tujuan Pengemaskinian Maklumat Pangkalan Data Jabatan Akauntan Negara Malaysia. Oleh Yang Demikian Diharap Semua Sekolah Tidak Mengambil Sebarang Tindakan Menyalurkan Maklumat Tersebut Kepada Individu Tidak Bertanggungjawab Yang Meminta Maklumat Menerusi Emel Sekolah Masing-Masing.

Walau Bagaimanapun, Bagi Sekolah Yang Telah Mengemukakan Maklumat Tersebut, Adalah Dipohon Untuk Membuat Laporan Polis Segera Bagi Membolehkan Siasatan Lanjut Dibuat.

BAHAGIAN AKAUN
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Ini pula emel daripada Unit Akaun Jabatan Pelajaran Selangor.



Dikatakan terdapat ramai guru² telah menjadi mangsa, khususnya pembiayaan bank yang muncul tiba-tiba. Ini saya tak pasti kesahihannya, tetapi menurut rakan kami seorang guru di Putrajaya, sekolah mereka telah menghantar maklumat balas kepada emel tersebut. Jadi sekarang mereka terpaksa menutup akaun bank gaji masing-masing, manakala gaji juga akan dibekukan untuk tempoh 2 bulan sebelum akaun gaji baru dibuat.

Ramai yang menyalahkan guru-guru, dikatakan terlalu mengejar duit sampai terjadinya kes macam ni. Padahal guru-guru tidak terlibat pun menghantar data yang diminta, ia diuruskan kerani kemudian disahkan Ketua Jabatan (Guru Besar/Pengetua). Tapi tak guna salahkan sesiapa kerana benda sudah berlaku. Inilah antara bahaya sistem online. Moga² menjadi iktibar dan lebih berhati-hati.

Dan antara komen di Facebook KPM yang menarik perhatian :

Satu perkara untuk perhatian KPM. Sila kemaskini pelbagai urusan menggunakan pelbagai sistem online yang terlalu banyak dan berserabut. Pelbagai jabatan dan unit mempunyai pelbagai sistem yang perlu dikemaskini oleh pihak sekolah. Ini juga boleh menjadi punca tumpuan pekerja pelaksana di peringkat bawah sendiri keliru dengan pelbagai arahan / sistem yang ada

Gerun bila mendengar cerita-cerita begini. Harap² semua lebih berhati-hati lepas ni. Saya telefon ketua kerani tadi beliau memberitahu tiada balasan dari pihak sekolah kami. Alhamdulillah, kalau tidak mungkin akan mengalami situasi yang sama dengan rakan kami di Putrajaya.

...................

Kuota internet tanpa limit? Semuanya ada di KLIK SINI

0 comment... add one now