Samsung Galaxy Mega 6.3 vs Ninetology U9Z1

Entri ini ditulis untuk tugasan dalam Program NINETOLOGY TECH KAIJU ARENA. Kami diberi 2 peranti dari keluaran yang berlainan dengan salah satunya adalah peranti Ninetology sendiri. Untuk tugasan ini, saya mendapat seunit Ninetology U9Z1 dan seunit Samsung Galaxy Mega 6.3.

Maaf, tiada video unboxing kerana kedua-dua model yang saya dapat ni bukanlah yang terbaru di pasaran. Pada pandangan saya video unboxing lebih sesuai untuk produk² baru, untuk menambah keterujaan mereka² yang menontonnya..hehe.

Mula-mula sekali kita tengok dulu perbandingan ringkas antara kedua-dua model ini.


Berdasarkan perbandingan di atas, nampaknya Samsung Galaxy Mega 6.3 danNinetology U9Z1 ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Tapi sebelum kita buat kesimpulan secara keseluruhan terus, jom baca review saya setelah seminggu menggunakan kedua-dua peranti ini. Review saya pula tidaklah terlalu teknikal, hanya melihat dari beberapa aspek-aspek yang selalu dititikberatkan oleh pengguna-pengguna sederhana.

Saiz

Saiz Samsung Galaxy Mega 6.3 lebih besar dari Ninetology U9Z1

Kelebihan saiz skrin besar
Bagi sesetengah pengguna smatrphone, mereka lebih sukakan saiz skrin yang lebih besar untuk paparan yang lebih jelas apabila melayari internet seperti melayari youtube, facebook, instagram dan sebagainya.

Kekurangan saiz skrin besar
Bagi sesetengah lelaki, mereka tidak berapa sukakan skrin yang besar kerana tak muat poket. Melainkan kalau sanggup pegang je. 

Selepas seminggu menggunakannya, saya lebih sukakan saiz Ninetology U9Z1, atas sebab :
  • Lebih selesa di tangan. Lihat sajalah gambar di atas, jari jemari runcing saya perlu diregangkan lebih banyak bila memegang Samsung Galaxy Mega 6.3 berbanding Ninetology U9Z1 menggunakan sebelah tangan.
  • Saiz U9Z1 ngam-ngam bila diletakkan di dalam poket. Manakala samsung Galaxy Mega 6.3 tidak sesuai diletakkan di dalam poket seluar, tidak menyelesakan.
  • Saiz U9Z1 sudah memadai untuk melakukan aktiviti online kesukaan seperti facebook, instagram, youtube dan blogging. Saiznya tidaklah terlalu besar tidak pula terlalu kecil.

Lebih kurang je kenipisannya

Bateri
Anda boleh tengok sendiri kapasiti bateri Samsung Galaxy Mega 6.3 lebih besar, sudah tentu jangka masa baterinya untuk habis lebih lama berbanding Ninetology U9Z1. Tetapi sebenarnya bateri U9Z1 pun sudah tahan lama, lebih kurang sepanjang hari. Cas malam ni, esok boleh digunakan sepanjang hari dari pagi hingga ke petang.


Kelajuan
Kalau ditengok pada spesifikasi, sudah tentu Samsung Galaxy Mega 6.3 dengan processor lebih tinggi adalah lebih laju. Tapi setelah saya mencuba keduanya dalam masa seminggu, tiada perbezaan signifikan antara keduanya, melainkan anda adalah kaki game..hehe. Berikut video




Fungsi Kamera

Kualiti gambar

Gambar dari Ninetology U9Z1


Front Camera 5 MP yang tidak mengecewakan

Banyak lagi gambar² dari Ninetology U9Z1 di SINI.

Untuk gambar dengan cahaya yang cukup atau dengan kata mudahnya siang hari di tempat terang, kedua-dua model menghasilkan gambar yang cukup baik. Cuma apabila mengambil gambar dekat seperti bunga, kamera Ninetology U9Z1 agak sukar fokus terhadap subjek.

Night mode

Kita tengok pula gambar yang diambil pada waktu malam iaitu dengan keadaan low light. Fotografi adalah mementingkan cahaya, jadi untuk mengambil gambar dalam keadaan kurang cahaya adalah agak susah. Bila saya cuba mengambil gambar menggunakan Night Mode,kedua-dua peranti tersebut dapat mengambil gambar yang cukup cantik, cuma bagi NInetology U9Z1, shutternya agak perlahan bila mengambil gambar dalam keadaan cahaya kurang, jadi kena pastikan tangan tidak bergoyang..hehe.

Berikut gambar² malam dari Ninetology U9Z1.



Berikut ni pula adalah gambar² dari Samsung Galaxy Mega 6.3.



Panorama mode
Kebanyakan smartphone sekarang ada fungsi panorama, tidak perlu lagi menggunakan aplikasi lain untuk mendapatkan gambar panorama seperti aplikasi Wondershare Panorama. Untuk kedua-dua model Samsung Mega 6.3 dan Ninetology U9Z1, mode gambar panorama memang tersedia. Apabila saya cuba kedua-dua model untuk mendapatkan gambar panorama, ini hasilnya :

Gambar Panorama dari Ninetology U9Z1

 Gambar Panorama dari Samsung Galaxy Mega 6.3 

Kedua-duanya mampu mengambil gambar panorama yang menarik. Cuma apabila saya menggunakan model U9Z1, didapati agak sukar untuk mengambil gambar panorama, berbanding mode panorama model Samsung Galaxy Mega 6. yang lebih mesra pengguna.

Harga
Dengan spesifikasi yang ditawarkan, saya rasa bagi mereka² yang ingin mendapatkan smartphone yang mampu milik tetapi berprestasi bagus, saya syorkan Ninetology U9Z1 , kalau tiada masalah bajet,

Kesimpulan
Dari segi prestasi keseluruhannya, nyata Samsung Galaxy Mega 6.3 mendahului, tapi harus diingat, perbezaan harga yang agak tinggi boleh dipertimbangkan. Anda boleh jimat banyak dengan memilih Ninetology U9Z1 untuk menjimatkan duit masing². ;p

Dan~~~

Ada berita baik, bagi sesiapa yang berminat dengan smartphone Ninetology boleh dapatkan e-voucher yang diperuntukkan kepada 100 pembaca terawal yang mendaftar melalui banner di bawah ini. Boleh guna voucher tersebut untuk membeli peranti² dari Ninetology, saya difahamkan voucher tersebut bernilai RM200. Jadi cepat-cepatlah daftar dulu ye. Klik banner di bawah untuk mendaftar.