Bisnes Online pilihan cikgunaman dan Income yang cikgunaman impikan dari bisnes online

Alhamdulillah, berjaya juga menyiapkan tugasan kedua untuk contest Iphone 5S Revolusi Bisnes Online. Kebetulan task diberi masa nak balik kampung, jadi tak sempat karang awal². Sempat buat draft je kat kampung , disebabkan capaian internet terlalu perlahan. Petang tadi selamat sampai ke Putrajaya setelah 3 malam di Kedah, dan lepas Isyak teruskan idea yang sedia ada di draft. Terima kasih puan penganjur yang sudi bagi peringatan bahawa tarikh tutup task 2 akan tamat hari ni. Ya memang saya tahu..hehe.

Ok kali ni tugas mengenai bisnes online pilihan dan income yang diimpikan saya. Perniagaan Online/Business Online ni ada dua jenis, berbentuk fizikal atau digital contoh nya:



A. Produk Fizikal
Barang-barang seperti baju, jam, kasut, barang-barang electronik contohnya gajet, suplemen seperti Vitamin Shaklee dan yang sewaktu dengannya.

B. Produk digital
Yang tidak nampak secara fizikalnya seperti e-book, software, video, website dan sebagainya.

Bagi saya kedua-dua jenis barangan ini ada potensi masing-masing. Bak produk fizikal mahupun digital, keduanya-duanya mempunyai pasaran masing-masing. Kalau kena dengan caranya, boleh jadi jutawan dengan kedua-duanya kan?

Dan apakah bisnes online pilihan saya yang dikenali tetapi sebagai cikgunaman di alam maya walaupun tidak terkenal...hehe. Saya juga turut mebahagikan bisnes online pilihan mengikut dua kategori tersebut iaitu Produk Fizikal dan Produk Digital.

A.PRODUK FIZIKAL


Untuk barangan fizikal, saya berminat dengan menjual barangan :

1. Makanan tambahan/kosmetik
Ini kerana kami suami isteri merupakan pengguna kepada barangan tersebut. Kami merupakan pengguna kepada produk makanan tambahan Shaklee dan juga produk kosmetik NourAin. Jangan tak percaya saya juga pakai produk kosmetik tersebut dan alhamdulillah hasilnya sangat memuaskan.

Disebabkan keberkesanan produk NourAin setelah beberapa bulan mencubanya, wife terus mencuba menjual produk tersebut kepada rakan-rakan dan keluarga. Alhamdulillah ada lah sedikit hasilnya, cuma kami masih belum mencubanya secara online, yang mana pasarannya lebih luas lagi. InsyaAllah kami akan mencubanya secara online pula.




Sekarang nampaknya produk Shaklee juga serasi dengan kami, terutama set menyusu untuk isteri dan set kurus untuk kami. Mana tahu nanti boleh jadi pengedar Shaklee yang berjaya seperti Puan Siti Salwa Zainal Abidin , pemilik blog Superibu.com dan Vitaminibu.com ?? Hehe

ni isteri punya kecuali vitamin C chewable tu anak punya..hehe

2.Cuci gambar/photobook
Saya ada menjalankan khidmat mencuci gambar passport dan juga membuat photobook secara online. Jadi setakat ini yang paling dapat sambutan adalah khidmat cuci gambar passport. Dah banyak saya kali saya menerima tempahan dan berjaya menghantarnya kepada pelanggan.

Jadi sekiranya ada modal tambahan, mungkin boleh dibuat secara besar-besaran pula khusunya khidmat cuci gambar secara atas talian. ;)

Tempahan cuci gambar passport


B.PRODUK DIGITAL


1. Iklan dari Blog
Blogging. Ada yang menjadikannya sebagai sekadar hobi, ada yang menjadikannya sumber pendapatan dan ada pula yang menjadikannya hobi dan pendapatan. Tidak payahlah kita cerita blog yang isinya hanya kandungan fitnah semata-mata. Kita tumpukan pada yang positif sahaja.

Ya, dahulunya saya berblog sekadar suka-suka sahaja. Itupun setelah dicadangkan oleh isteri, mrsfiza.com. Bermula pada tahun 2008, blog saya bermula dengan alamat naman0807.blogspot.com. Fuh..cukup panjang dan susah diingat, akhirnya pada tahun 2012 saya mula menggunakan domain sendiri , cikgunaman.com.

Pendapatan dari blog?

Ya. Pada awalnya tak terlintas nak buat duit dengan blog. Kemudian mula berjinak-jinak dengan nuffnang, sampai sekarang pun masih setia walaupun hasil darinya semakin kecil dan mengecil.

Maaf..anak saya conteng pulak

Selain iklan seperti nuffnang, banyak lagi peluang buat duit dengan blog yang saya impikan, seperti advertorial(baru dapat sekali..hehe) dan juga menang contest. Antara pencapaian yang saya dapat melalui blogging :
  • 2011-Menang artikel paling kreatif giveaway Beta.My , dapat seunit Samsung Galaxy SII
  • 2012-Menang pertandingan SEO Iphone 5 Gadget Impian - RM500
  • 2012-Menang tempat ketiga pertandingan  Iphone 5 Gadget Impian- dapat iphone 5 dan hadiah sampingan yang lain
  • 2013-Menang tempat kedua penyumpang referral terbanyak kepada website P1-menang 1 Mini Ipad
  • 2013-Menang tempat pertama artikel terbaik pertandingan blogging P1-menang mini Ipad juga

Itulah antara pencapaian saya dari blogging, alhamdulillah walaupun tak banyak. Jadi saya anggap itu juga pendapatan online dari blog..hehe.


2. Affiliate
Baru-baru ni saya pernah menceritakan macam mana saya dapat pendapatan RM150 dari program affiliate eQurban, boleh baca di entri buat duit dengan affiliate. Affiliate merupakan antara cara buat bisnes online yang saya rasa mempunyai prospek yang tinggi dan menarik minat saya.

buat duit dengan affiliate, buat duit dengan blog
Pendapatan saya dapat dari affiliate

3. E-Book
Kalau melalui affiliate kita menjual ebook orang lain dan mendapat komisen daripadanya setiap jualan tersebut. Tetapi sebenarnya kita sendiri boleh menghasilkan ebook sendiri dan menjualnya samaada secara affiliate mahupun jual sendiri. Yang penting kita tahu apa kepakaran kita sendiri , contohnya :

  • Puan Siti Salwa Zainal Abidin boleh membuat satu ebook untuk dijual. Ebook berkenaan cara untuk berjaya dalam menjadi seorang pengedar Shaklee. Di dalamnya Puan boleh menceritakan dari awal pembabitan dalam perniagaan online khususnya produk Shaklee. Kongsikan teknik-teknik menghasilkan jualan yang berkesan.
  • Saya pula mungkin boleh menghasilkan ebook Bagaimana Cara Lulus Add Maths, atau Bagaimana Hendak Cemerlang Subjek Kimia. Saya boleh berkongsi cara mudah memahami sesuatu topik dalam subjek Add Maths dan Kimia.

Cover dah ada..isinya je belum..hehe

Yang penting ebook tersebut mestilah mempunyai isi yang mantap. Membuatkan orang yang membelinya sangat berpuas hati lalu mempromosikannya kepada rakan-rakan. Jadi kat situ jualan ebook kita semakin berkembang. Kalau satu ebook dijual RM40, bayangkan kalau ebook berjaya dijual 1000 unit = RM40 000. Kalau 10 000 unit???

$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$

InsyaAllah duit dapat, pahala pun dapat kerana kita berkongsi ilmu yang berguna.

4. Share iklan ( Tak tahu nak panggil apa )
Siapa tak kenal churp²? 8share dan sebagainya. Suatu program yang membolehkan kita menjana duit dengan berkongsi iklan di ruang media sosial seperti facebook, twitter, blog dan lain-lain. Satu klik membawa RM0.20-RM0.40. Kalau beribu-ribu klik?? Saya rasa ini boleh jadi mudah kalau rajin dan kena gayanya. Kalau tak rajin , pendapatan hanya boleh ditunaikan selepas 3 tahun seperti di entri Menanti Hasil Selama Tiga Tahun.

haa..yang ni anak tak sempat conteng ;p

Income Yang Diimpikan


Ok sekarang apa pula income yang saya impikan dari bisnes online ini?

1. Halal
Sudah semestinya. Agama Islam menyuruh kita mencari rezeki yang halal. Apa guna kalau menjadi jutawan kalau puncanya HARAM? Apa gunanya income bisnes online beribu-ribu sehari kalau kita menipu pelanggan. Dan kadang kala mungkin kita tak sedar kita tak sengaja berbuat kesalahan dalam urusan jual bei yang mungkin menyebabkan pendapatan kita itu tidak halal atau tidak berkat. Jadi pentingnya kita mengamalkan doa seperti :
Maksudnya : ''Ya Allah, wahai Zat Yang Maha Kaya, Zat Yang Maha Terpuji, Zat Yang Maha Memulai, Zat Yang Maha Penyayang, kayakanlah pada diriku akan rezeki yang halal, jauhkan dari perilaku maksiat kepadaMu dan dengan kecukupan-kecukupan kurniaMu jauh dari sesiapa selain Engkau''

2.Sentiasa Cukup
Ini juga sangat penting, berapa pun target pendapatan kita, 3 angka ke, 4 angka ke ataupun 5 angka, diharap pendapatan tersebut sentiasa cukup bagi saya. Kerana ada sesetengah orang yang berpendapatan 5-6 angka pun merasa tidak cukup dengan apa yang dia ada. Manakala ada sesetengah orang yang pendapatannya 3 angka sahaja tetapi sudah jauh lebih mencukupi.

Dengan kata lain, semoga pendapatan yang saya dapat itu menjadikan saya sentiasa bersyukur.

Moga pendapatan tersebut cukup untuk kegunaan keluarga sendiri dan juga membantu orang lain yang memerlukan.

3.Jualan konsisten dan meningkat
Kalau dah berbisnes, sudah tetntulah kita inginkan bisnes kita semakin maju hari demi hari kan? Sebagaimana dengan hidup kita ' Semoga Esok lebih Baik Dari Hari Ini', begitu juga dengan bisnes, sudah tentu saya inginkan pendapatan esoknya lebih baik dari sebelumnya.

Kesimpulannya, berjaya dalam bisnes online ini antara impian saya, tetapi dalam masa yang sama mesti diingat dalam setiap rezeki yang saya ada mungkin ada bahagian orang lain juga.

Oh ya, sekarang ni antara bisnes online yang popular adalah dropship? Apa itu dropship? Salah satu syarikat yang menyediakan platform dropship adalah muslim niaga. Kawan² boleh baca entri Muslim Niaga untuk lebih memahami apa itu dropship islamik dari Muslim Niaga.