Hasil Buat Duit Online Sudah Sampai


Alhamdulillah, hari ni serentak duit komisen affiliate eQurban dan cek Churp2 masuk. Satu masuk ke peti surat (cek), satu lagi masuk ke akaun bank.



Komisen EQurban

Dan ni pulak cek dari churp2 setelah 3 tahun menunggu untuk menuai hasil. Boleh baca kisah penantian 3 tahun cek churp2 itu di sini.

99.66...cantik sungguh nombornya

Bila dicampur, hampir RM250. Mungkin tak sebanyak orang lain, tapi kena ingat mungkin ada orang lain yang dapat tak sebanyak ini. Jadi kena bersyukurlah. Bolehlah beli apa-apa yang patut, tak pun simpan.

Sikit ke, banyak ke itu rezeki. Dan mesti diingat, yang kita dapat tak semua rezeki kita. Mungkin di dalamnya ada rezeki kucing, mungkin rezeki semut atau mungkin rezeki penjual cendol di tepi jalan.

0 comment... add one now