Perjalanan Sang Kijang

Si Kijang berjuang pertahankan piala
Dicabar Rimau Berbintang Tiga
Menang agregat dengan bergaya
Harimau menangis tidak bersuara

Masuk pula ke markas tentera
Hampir dibedil mengalah tiada
Akhirnya tentera tersungkur jua
Si Kijang mara terus mara

Tiba di akhir berjumpa Si Gajah
Air membuat Si Kijang lemah
Gajah yang besar beraksi gagah
Dengan belalai Kijang disimbah

Sang Kijang pulang menangis hampa
Rakannya ditawar gula-gula
Tahun depan ada dengan izinNya
Harus berjuang terus berusaha!


P/S: Minta maaf, ambo cikgu kimia..hehe

0 comment... add one now